2013 – Nafas baru lembaran baru

day1

Bermula tahun 2013 ini, saya telah mengemaskini kembali (yet again!) laman portal Falak Online. Ini bertujuan untuk menyusun kembali maklumat yang ingin disampaikan di dalam bentuk yang lebih mudah dicapai oleh anda semua.

Ia juga diharapkan dapat memberi ransangan kepada diri saya sendiri untuk lebih rajin menyalurkan berita fenomena langit ke laman ini, berbanding laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Saya dapati walau sehebat dan serancak mana laman-laman sosial yang ada sekarang ini, laman web tradisional tetap menjadi nadi penting terutama di dalam perkonsian maklumat dalam bentuk lebih tersusun.

Saya juga telah menggabungkan mySKY, almanak fenomena astronomi yang dilancarkan pada awal tahun 2012 ini, ke sini.

Forum rasmi Komuniti Falak Online tetap ada di pautan lama buat masa ini, sehinggalah saya dapat cari jalan untuk migrate artikel lama ke sini.

Layout yang dipilih ini diharapkan memudahkan bagi pengguna peranti mudah alih, seperti smartphone dan tablet, untuk mencapai maklumat yang cuba disalurkan.

Mudah, Ringkas, Padat. Itulah apa yang saya cuba sampaikan untuk tahun 2013. Mudah-mudahan ada maklumat yang dapat memberi manfaat buat diri saya dan anda semua.

Ada komen dan pandangan untuk menambahbaik lagi portal ini? Saya alu-alukan segala maklumbalas yang anda bagi.

Jom teropong!

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...