Fenomena Opposition dan Maximum Elongation Planet-planet Utama untuk 2013

Di bawah merupakan tarikh-tarikh penting bagi fenomena utama planet-planet ketika ia mengelilingi matahari.

Opposition atau Istiqbal

Planet tersebut akan berada pada kedudukan berlawanan arah dari matahari apabila dilihat dari Bumi. Ini bermakna, apabila Matahari terbenam di barat, planet tersebut akan terbit di sebelah timur.

Hanya planet-planet yang berada di orbit luar daripada Bumi sahaja yang akan bertemu dengan kedudukan ini.

fo saturn opposition

Dari angkasalepas, Matahari, Bumi dan planet tersebut akan berada pada garisan yang hampir lurus (segaris), dengan Bumi berada di tengah-tengah. (Sebagai contoh, rajah di atas menunjukkan posisi Zuhal pada tarikh istiqbalnya. Perhatikan Matahari, Bumi dan Zuhal berada segaris)

Tarikh Istiqbal           Planet
28 April                       Zuhal
27 Ogos                      Neptune
3 Oktober                   Uranus
6 Jan 2014                  Musytari

Maximum Elongation

Pada ketika ini, planet tersebut akan berada pada kedudukan paling jauh daripada matahari, berbanding sebelum ini. Ia juga menandakan waktu yang paling sesuai untuk mencerap planet tersebut kerana pada ketika matahari di bawah ufuk, planet-planet ini berada tinggi di langit.

Namun begitu, kedudukan ini hanya melibatkan planet Utarid dan Zuhrah sahaja.

Rajah di bawah menunjukkan posisi planet Zuhrah ketika ia berada pada kedudukan Greatest Elongation, apabila dilihat dari angkasa lepas. Nak senang faham, kedudukan Bumi, Zuhrah dan Matahari berada pada sudut 90 darjah.

fo venus elongation

Planet                         Tarikh Maximum Elongation
Zuhrah                        2 Nov 2013   11.32 AM
Utarid                          17 Feb 2013. 6:28 AM (jarak 18 darjah dari Matahari)
Utarid                          1 Apr 2013. 9:21 AM (jarak 28 darjah dari Matahari)

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...