Gerhana Bulan Penumbra – 19 Oktober 2013

Sebuah lagi fenomena Gerhana Bulan Penumbra akan berlaku pada awal pagi 19 Oktober 2013. Namun pada kali ini, hanya sebahagian fasa sahaja yang dapat dilihat dari Malaysia. Ia berlaku ketika waktu Subuh, langit sudah menjadi terang dan Bulan pun sedang terbenam.

Event Waktu Malaysia Dapat dilihat dari Kuala Lumpur?
Gerhana Penumbra bermula 19 Oct, 05:53 Ya
Gerhana Maksimum 19 Oct, 07:50 Tidak, Bulan sudahpun terbenam
Gerhana Penumbra Tamat 19 Oct, 09:48 Tidak, Bulan sudahpun terbenam


Di bawah merupakan rajah laluan Bulan merentasi kawasan bayang-bayang bumi sepanjang kejadian gerhana ini.

LE2013-10-18N

 

Klik SINI untuk dapatkan kiraan rasmi dari Fred Espanak.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...