Meteor Quadrantids – 3 Jan 2013

leonid-meteor-shower-mike-hankey-1

Meteor Quadrantids ini sebenarnya merupakan juraian meteor yang agak bagus. Ia boleh mencecah sehingga 100 meter sejam. Namun waktu ia memuncak hanya dalam masa beberapa jam sahaja.

Photo Credit: Mike Hankey

Untuk tahun 2013 ini, ia akan berada pada waktu puncak menjelang Subuh, 3 Jan 2013. Malangnya untuk tahun ini, Bulan sedang bersinar terang di langit ketika itu.

Kiraan SkySafari menunjukkan Bulan akan terbit sekitar tengah malam (memasuki tarikh 3 Jan), dan berada tegak di kepala pada jam 5 pagi. Jika anda di Sabah, sila TOLAK 1 jam.

Kehadiran Bulan ini akan mengganggu penglihatan meteor-meteor yang lebih kelam. Oleh itu, jumlahnya mungkin jauh lebih sedikit.

Disebabkan radiant (kawasan munculnya meteor-meteor di langit) agak rendah di ufuk utara, meteor Quadrantids ini sebenarnya lebih sesuai dilihat di negara-negara latitud tinggi. Namun, tak salah mencuba untuk melihatnya…. walaupun esoknya hari bekerja!

Tak nampak pada Subuh 3 Jan tu? Boleh cuba juga pada keesokan harinya, iaitu menjelang Subuh 4 Jan 2013.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...