Stellarium – perisian wajib untuk menjelajah langit malam

stellarium screenshot

Stellarium ialah perisian astronomi yang paling top ketika ini, terutama bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak dengan langit malam.

Selain daripada ia PERCUMA ( orang kita ni ramai yang suka percuma! ), antaramukanya amat mudah untuk digunakan, walaupun ia tidaklah mengikit standard aplikasi windows yang biasa.

Di antara fungsi-fungsi yang saya amat gemar gunakannya ialah

  1. Memaparkan buruj-buruj apa yang dapat dilihat pada malam ini
  2. Kedudukan Bulan di dalam kawasan langit, serta jam berapa ia akan terbit atau terbenam
  3. Planet apakah yang boleh dilihat pada malam ini.
  4. Zoom keluar dan masuk ke kawasan langit kesukaan saya, dengan dapat melihat jutaan bintang-bintang serta objek-objek Deep Sky yang lain, seperti galaksi, nebula dan gugusan bintang.

Stellarium boleh dimuat turun DI SINI.

Ia ada versi untuk Windows, Mac dan Linux. Dulu, saya gunakannya dalam Windows. Namun, sekarang saya menggunakan versi Mac. Namun begitu, saya dapati versi Mac ini agak tidak stabil dan selalu hang .

Walau apa pun, saya sarankan anda muat turun terlebih dahulu, dan cuba membiasakan diri dengan arahan-arahan di dalamnya. Jika anda dapat menguasai penggunakan papan kekunci (keyboard) dan tetikus, anda sebenarnya sudah boleh mengawal 99% daripada arahan dan settings perisian ini.

Jangan lupa juga, lakukan perkara-perkara asas di bawah terlebih dahulu:

  1. Set kan lokasi bandar anda
  2. Set tarikh dan waktu pilihan.
  3. Tekan butang “C” untuk paparkan garisan buruj.
  4. Gunakan Scroll Button pada tetikus untuk Zoom masuk dan keluar.

Selamat mencuba. Jika ada masa terluang, saya akan sediakan tutorial ringkas cara kita mendapatkan maklumat terbaik menerusi perisian Stellarium ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>