2 buah komet yang berpotensi menyinari langit 2013

Ahli astronomi dunia sedang menanti penuh harapan terhadap 2 buah komet yang bakal bersinar terang di langit pada bulan Mac dan Oktober 2013 ini.

Saya sendiri yang mengikuti perbincangan hangat mailing list comet-ml, pun agak teruja menanti kehadiran komet-komet ini, kerana amat jarang sekali komet yang muncul di langit kita ini cerah dan mudah dilihat dengan mata.

Masih ingatkah Komet McNaught yang muncul dengan begitu cerah sekali pada tahun awal tahun 2007 lalu? Lihat sahaja foto-foto komet ini. Siapalah yang tidak seronok jika dapat lihat dengan mata kepala sendiri!

Namun, komet ini sejenis makhluk yang cukup sukar untuk mengagak kecerahannya. Ia terdiri daripada debu dan ais. Disebabkan ia amat jauh dan kecil, adalah hampir mustahil untuk kita di Bumi dapat mencongak jumlah sebenar ais dan debu, yang mana ia akan ada kesan secara langsung terhadap kecerahannya nanti.

Bagaimana pula dengan 2 komet yang akan muncul tahun 2013 ni nanti?

Komet yang pertama ialah Komet C/2011 L4 PanSTARRS.

Comet PanSTARRS on September 4, 2012 as seen from Puerto Rico. Credit: Efrain Morales/Jaicoa Observatory.

Petikan dari laman UniverseToday di bawah:

Comet C/2011 L4 PanSTARRS (or PanSTARRS for short), trying to ascertain just how bright this comet may become. It will come within 45 million kilometers (28 million miles) of the Sun on March 9, 2013, which is close enough for quite a bit of cometary ice to vaporize and form a bright coma and tail..

45 juta km dari matahari tu, sebenarnya meletakkan komet ini lebih dekat dengan matahari berbanding planet Utarid! Ini sungguh menarik sekali kerana selalunya apabila komet berada amat hampir dengan matahari, jumlah ais yang terpeluwap amat banyak, dan berpotensi menjadikannya amat cerah.

Bulan Mac tu pun tak lama lagi… tak sampai 3 bulan dari artikel ini ditulis. Oleh itu, tidak salah kita bersiap sedia dengan kamera dan sama-sama cuba menjejaki komet ini nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komet yang kedua pula ialah Komet C/2012 S1 (ISON) atau lebih senang kita panggil Komet ISON. Di bawah merupakan petikan laporan dari UniverseToday.

The comet, named Comet C/2012 S1 (ISON), as it was discovered by a Russian team at the International Scientific Optical Network (ISON), is currently about the distance of Jupiter’s orbit. But it is projected to come within less than 2 million km from the Sun at perihelion by November 28, 2013. Ernesto Guido and Giovanni Sostero from the Remanzacco Observatory in Italy, along with their colleague Nick Howes from the UK have imaged the comet with the RAS telescope in New Mexico, and say, “According to its orbit, this comet might become a naked-eye object in the period November 2013 – January 2014. And it might reach a negative magnitude at the end of November 2013.”

(Foto diatas diambil pada 22 Sep 2012 lepas)

Nov 2013 masih jauh lagi, hujung tahun nanti. Namun, jika kita lihat laporan di atas, komet ini akan berada kurang 2 juta km sahaja daripada matahari! Ini jauh lebih dekat daripada Komet PanSTARRS. Kecerahannya yang dikatakan mencapai nilai negatif dalam skala kecerahan objek-objek langit (maknanya amat terang lah tu!).

Oleh itu, kita sama-sama tunggu dengan penuh debaran dan berdoa agar dapat diberi peluang menyaksikan sendiri keindahan objek yang bernama komet ini.

Saya akan kemaskini dari semasa ke semasa maklumat komet ini di laman web ini, termasuk peta bintang untuk mencari kedudukan komet ini dari langit Malaysia,  InsyaAllah.

 

 

 
.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...