shahgazer

3 langkah mudah untuk mengira luas medan pandangan kombinasi kamera DSLR dan teleskop

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

screen 2013-01-25 at 3.54.28 PM

Jika anda mempunyai kamera DSLR, dan ingin merakam objek-objek di angkasa menerusi teleskop, bagaimana caranya anda dapat mengetahui luas pandangan atau rupa bentuk objek tersebut menerusi kamera anda? Adakah objek itu muat? Atau mungkin terlalu besar untuk dimuatkan? Atau mungkin kecil sangat sampai tak nampak langsung?

Cubalah utiliti Telescope and Camera Field Of View Simulator ini. Ia akan dapat memberi gambaran saiz dan medan penglihatan berdasarkan kombinasi kamera dan teleskop yang digunakan.

Ikutlah langkah-langkah mudah berikut:

1. Di ruangan sebelah kiri sekali, bertajuk “camera”, pilihlah jenama dan model kamera DSLR anda. Sebagai contoh, jika anda menggunakan Canon 5DMkii, pilih “Canon”, dan pilih “EOS 5D Mark II”

screen 2013-01-25 at 3.54.59 PM

2. Di ruangan tengah, bertajuk “scope”, pilih teleskop yang anda gunakan. Contoh, jika anda mempunyai sebuah teleskop jenama Skywatcher 120ED, pilih “Skywatcher” dan kemudian pilih “ED120/900”

screen 2013-01-25 at 3.55.04 PM

3. Di ruangan kanan sekali, akan kelihatan foto objek angkasa, dan sebuah “drop-down list”, yang membolehkan anda memilih objek-objek kegemaran ramai. Di sini, saya dapati ia tidak menyenaraikan semua Messier Object. Mungkin ia hanya fokus kepada beberapa buah objek paling “top”. Sebagai contoh, pilih M42 (Orion Nebula)[3′].

screen 2013-01-25 at 3.55.11 PM

Setelah anda memilih objek tersebut, perhatikan pada foto objek yang dipaparkan. Akan terdapat sebuah kotak empat segi berwarna merah. Kotak itu melambangkan view yang akan dirakam oleh kombinasi kamera dan teleskop yang anda pilih tadi. Apa-apa di dalam kawasan kotak merak itu, ia akan dapat dirakam.

Buat masa ini, jangan risau dengan nombor-nombor yang tertera di bahagian bawah. Bagi beginner, bahagian itu agak memeningkan, oleh itu saya tidak akan tumpukan buat masa ini.

Cubalah eksperimen dan pilihlah beberapa buah kombinasi lain. Anda pasti akan mendapat gambaran lebih jelas terhadap view yang akan dirakam. Saya berpendapat utiliti ini akan dapat membantu anda membuat perancangan terlebih dahulu sebelum keluar merakam objek-objek angkasa.

Selamat mencuba!