Alan Friedman, pakar fotografi matahari bercakap di TED

TED, merupakan suatu forum terbuka yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mempersembahkan idea, pendapat atau apa saja, di dalam waktu yang singkat. Saya dapati idea ini cukup bagus, kerana ia mengelakkan daripada presenter itu meleret-leret bercakap tapi tak ada poin pun!

Alan Friedman, seorang pakar di dalam pengambilan foto matahari telah menyampaikan persembahannya di TEDx Talk di Buffalo, NY.

Saya syorkan anda dengar perkongsian pengalaman beliau. Sungguh menarik dan down to earth. Apa yang saya pelajari di sini ialah, kita tidak perlu terikut-ikut dengan orang lain. Jika kemampuan kita setakat itu aje, samada disebabkan had kewangan, peralatan ataupun lokasi, kita harus fokus dan tumpukan sepenuh hati dengan apa yang ada. InsyaAllah hasilnya cukup memberangsangkan.

Tidak ada gunanya memiliki balai cerap harga berjuta-juta tetapi tiada hasil langsung!

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...