Bulan kembali menyendeng ke Musytari malam ini, 21 Jan 2013

screen 2013-01-21 at 9.38.28 AM

  • Bila? Sekitar Isya
  • Tengok dengan apa? Mata pun OK
  • Arah Mana? Cari je Bulan
  • Kawasan mana boleh tengok? Di mana jua anda berada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei

Pada malam ini, 21 Jan 2013, jeling-jelinglah ke arah Bulan.

Ketika itu, berhampiran dengan Bulan, akan kelihatan sebutir ‘bintang’ yang cerah. Bagi yang dah tau, itu sebenarnya bukanlah sebuah bintang, tetapi ia ialah raja segala planet di dalam sistem suria kita, iaitu planet Musytari!

Jika anda mempunyai mata yang tajam, cuba perhatikan ke arah kiri bawah dari Bulan. Anda akan dapati terdapat sekelompok bintang-bintang halus di situ. Itulah dia gugusan Seven Sisters, yang juga merupakan antara gugusan bintang yang paling terang, terindah dan paling mudah dilihat dengan mata.

Apa pula yang berada di kanan dari Musytari? Itu pula ialah bintang Aldebaran. Bintang gergasi oren, dan juga merupakan bintang tercerah di dalam buruj Taurus.

pioneer10-11

 

(Ilustrasi di atas menunjukkan kapal angkasa Pioneer 10 melintasi berhampiran Musytari)

Aldebaran ini merupakan bintang ke-13 paling cerah di langit. Satu fakta menarik ialah kapal angkasa NASA bernama Pioneer 10, yang melintasi planet Musytari pada tahun 1973 dulu, dijangka akan melewati ke kawasan bintang Aldebaran ini.. dalam masa lebih kurang 2 Juta tahun dari sekarang!

šŸ˜€

Bintang ini sebenarnya ialah bewarna oren (maafkan saya kerana sebelum ini sering menyatakan ia bintang gergasi merah). Ia dah tua tapi belum lagi sampai ke fasa yang nazak lagi.. Saiznya 44 kali ganda lebih besar daripada matahari!

Kedudukannya pula berada pada 65 tahun cahaya dari Bumi! Cahaya yang kita lihat tu, sebenarnya cahaya 65 tahun dahulu!

Apa yang menarik dengan Bulan pada malam ini? Cuba lihat peta di bawah.

21jan2013-moonmap.001

Ada 2 buah kawasan di Bulan yang boleh kita berkenalan pada malam ini.

Pertama, ialah Mare Crisium. Ia kelihatan seperti tompok bulat gelap di penjuru kiri Bulan (Jika kita lihat Bulan sekitar waktu Isya). Ia merupakan satu kesan hentaman meteor yang amat besar, berlaku antara 3.92 hingga 3.85 bilion tahun dahulu. Saiznya 638km X 638km! Lebih besar dari Semenanjung Malaysia tu!

Waktu yang terbaik untuk melihatnya ialah ketika Bulan berumur 3 hari, atau 2 hari SELEPAS Bulan purnama.

Kedua, ialah Mare Serenitasis. Ia juga kesan hentaman meteor yang berlakuĀ Ā antara 3.92 hingga 3.85 bilion tahun dahulu juga. Namun saiznya lebih besar sikit dari Mare Crisium, iaitu 670km X 670km!

Waktu terbaik untuk melihatnya ialah kekita Bulan berumur 5 hari atau 4 hari SELEPAS Bulan purnama.

Kedua-duanya boleh dlihat dengan mata, tetapi jika anda mempunyai binokular atau teleskop adalah lebih bagus!

Selamat meneropong!

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...