Bulan menyendeng antara Zuhal dan Antares, Subuh 8 Jan 2013

8jan2013.001

Siapa sangka, dalam senyap-senyap Bulan sudah mula menyendeng dengan Zuhal dan Antares di lagi hari.

Pada awal pagi esok, 8 Jan 2013m sekitar waktu Subuh, cuba jeling ke arah timur. Mata anda pasti akan terpesona dengan silauan bulan sabit tua yang sedang berada rendah di ufuk.

Perhatikan juga, di atas bulan, akan ada sebutir ‘bintang’ bercahaya agak sederhana. Itu lah planet Zuhal! Kalau ada teleskop, jangan lupa cuba lihat gelangnya yang semakin terbuka sekarang.

Di bawah bulan pula, terletaknya sebutir bintang merah, iaitu Antares. Masih ingatkan bintang ini, yang terletak di dalam buruj Scorpius? Dalam beberapa bulan lepas, buruj ini berada di langit sebelah petang, sekitar waktu Isya’ , dan ketika itu semua tergila-gila mengambil foto jalur Bima Sakti? Hah, rupanya buruj ini sudah muncul kembali di langit sebelah pagi.

Jom kita sam-sama saksikan. Kalau ada kamera lagi bagus, cuba ambil foto deretan 3 objek samawi yang indah ini!

Opss.. sebelum terlupa… yes, semua ini boleh dilihat dengan MATA je! 😉

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...