Pergerakan cahaya dalam slow motion!

Cahaya bergerak pada kelajuan 299 792 458 m/s . Laju tu!

Untuk sampai ke Bumi, cahaya dari Bulan hanya mengambil masa 1.4 saat aje… walaupun Bulan terletak lebih kurang 400,000 km dari Bumi!

Bayangkan naik kereta yang boleh bergerak selaju cahaya, kita boleh ramai-ramai melawat ke bulan dalam masa tak sampai 2 saat!

Selalunya, yang kita tahu, apabila kita picit lampu, cahaya pada bulb nya akan terus menerangi kawasan di hadapan kita. Atau apabila kita menggunakan laser pointer, cahayanya dah sampai ke pokok atau bangunan yang terletak beratus meter dalam sekelip mata sahaja!

Namun, pernahkah kita terbayang, bagaimana rupanya cahaya jika kita mengambil gambarnya dalam slow motion?

Agak-agaklah berapa kali slow motion yang perlu kita capai untuk dapat ‘melihat’ pergerakan cahaya ini? Boleh atau mustahil? Fakta atau auta?

Rupa-rupanya sekarang, ada sebuah kaedah yang digelar Femto Photography yang membolehkan kita melihat kejadian di atas! Cuba lihat persembahan oleh Ramesh Raskar di TED. Saya sendiri ternganga apabila melihat eksperimen yang berjaya merakam pergerakan cahaya di dalam sebuah botol!

Sungguh menakjubkan kesungguhan mereka mengkaji ciptaan Allah SWT.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...