Wow! Sebuah asteroid akan melintasi AMAT hampir dengan Bumi pada 15 Feb 2013 nanti

Ramai yang bertanya, maka saya pun menulis. Pada 15 Feb 2013 nanti, sebuah asteroid sebesar separuh saiz padang bola, akan melintasi Bumi pada jarak hanya 27,680km sahaja. Cuba bandingkan dengan jarak purata Bumi ke Bulan iaitu 384,400 km!

screen 2013-01-29 at 8.22.59 PM

(Ilustrasi menunjukkan lintasan asteroid 2012 DA14)

Apa yang menarik perhatian para saintis ialah, sejak projek pemantauan (Near Earth Object Program)  terhadap objek-objek seperti asteroid ini dilancarkan pada sekitar 1990an, inilah kali pertama objek sebesar itu melintasi begitu hampir dengan Bumi!

Asteroid yang diberi ‘nombor pengenalan’ 2012 DA14 mempunyai diameter sebesar 50 meter, dan besar kemungkinan terdiri daripada batu batan ( dan bukannya besi atau ais, yang selalu dikesan pada asteroid lain).

Walaupun ia melintasi Bumi pada jarak jauh lebih dekat daripada kebanyakan satelit buatan manusia yang sedang mengorbit Bumi ketika ini, kemungkinan ia untuk berlanggar satelit-satelit ini hampir sifar.

Secara amnya, ia akan berada di antara kawasan satelit yang digelar low-Earth orbit, seperti ISS, dan satelit-satelit geosynchronous seperti satelit cuaca dan telekomunikasi.

2012da14

 

(Rajah di atas menunjukkan laluan asteroid 2012 DA14 jika dibandingkan dengan kawasan orbit satelit-satelit di keliling Bumi)

Saintis akan mula memantau asteroid ini menggunakan radar Goldstone kepunyaan NASA, bermula 16 Feb hingga 20 Feb. Penggunaan radar ini akan membantu saintis mencerap pergerakan orbit yang lebih tepat, tetapi juga dapat mengetahui ciri-ciri fizikalnya seperti saiz, putaran dan tahap pembalikan cahayanya.

screen 2013-01-29 at 8.23.53 PM

(Radar NASA Goldstone di Padang Paris Mojave, Amerika Syarikat)

screen 2013-01-29 at 8.24.21 PM

(Pemantauan radar Goldstone akan mampu melihat rupa bentuk asteroid tersebut, kaedah yang sama dibuat terhadap sebuah lagi asteroid bernama Toutatis)

Pada saat ia paling hampir dengan Bumi, ia akan bersinar pada magnitud 8, jauh di bawah keupayaan mata untuk melihatnya, tetapi amat mudah dijejaki menggunakan binokular. Namun, masalah paling utama ialah pergerakannya yang amat laju. Ia akan merentasi sejauh 1 darjah (2 kali saiz bulan penuh) setiap minit! Ini agak mencabar bagi mereka yang ingin merakamnya!

Kita sama-sama tunggu maklumat terbaru asteroid ini dari semasa ke semasa.

Sumber: http://science.nasa.gov/science-news/science-at-nasa/2013/28jan_2012da/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>