FAQ: Asteroid 2012 DA14

asteroid2012da14-painting

Pada awal pagi esok (16 Feb 2013 di Malaysia), asteroid 2012 DA14 akan melintasi Bumi. Sepertimana saya telah hebahkan dalam artikel SINI , asteroid ini tidak akan berlanggar dengan Bumi. Cuma yang menariknya ialah ia berada AMAT hampir dengan Bumi ketika lintasannya.

Di bawah merupakan antara FAQ yang mungkin berlegar-legar dalam fikiran peminat astronomi tempatan. Saya cuba ungkaikan dengan jawapan yang ringkas dan padat.

Q: Boleh nampak di Malaysia?

A: Boleh. Berdasarkan kiraan ia akan ‘muncul’ dari langit sebelah selatan, sekitar jam 1 pagi, berhampiran dengan buruj Crux, dan menjelang Subuh ia sudah pun merentasi langit dan berada di langit utara dalam kawasan buruj Biduk (Bid Dipper)!

Q: Boleh nampak dengan mata tak?

A: Tak boleh. Walaupun secara asasnya ia bersinar ‘terang’ kerana hampir dengan bumi, namun ia tak cukup cerah untuk dilihat dengan mata.

Q: Habis tu, nak guna apa kalau nak tengok?

A: Sekurang-kurangnya kena guna Binokular untuk berpeluang melihatnya

Q: Kalau teleskop, boleh nampak?

A: Kalau Binokular boleh nampak, confirm teleskop boleh nampak. Tapi perlukan teleskop yang berkomputar (GoTo), kerana akan memudahkan pencarian, dan boleh tracking pergerakkan asteroid ini.

Q: Adakah kita akan dapat lihat bentuk asteroid itu menerusi teleskop atau binokular?

A: Tidak. Asteroid ini walaupun ‘besar’ iaitu bersaiz 50 meter, namun ia masih terlalu jauh untuk menampakkan rupa bentuknya

Q: Boleh ambil gambar tak?

A: Saya berpendapat, sebaik-baiknya, kena menggunakan DSLR yang mempunyai lens 50mm atau lebih panjang. Pergerakkannya amat laju! Ia boleh merentasi seluruh buruj Orion dalam masa 20 minit je! Tapi walaupun boleh ambik gambar, ia tetap akan kelihatan kelam atau biasa-biasa je…

Q: Bagaimana nak tahu kawasan laluannya di langit?

A: Sila rujuk rajah di bawah. Saya dah gariskan kawasan laluannya, serta tandaan kedudukan asteroid tersebut pada sela masa setiap 30 minit, bermula dari jam 2 pagi hingga 5.30 pagi

Sila klik pada gambarajah untuk besarkan.

asteroid2012da14.001

asteroid2012da14.002

Q: Apakah peluang ia akan berlanggar dengan Bumi?

A: Tak mungkin. Sila rujuk artikel saya http://falakonline.net/semesta/2013/01/wow-sebuah-asteroid-akan-melintasi-amat-hampir-dengan-bumi-pada-15-feb-2013-nanti/

Q: Tapi kawan saya cakap ia akan berlanggar!

A: Meh sila suruh kawan tu contact saya. Nak tanya jugak dari sumber apa, apa kiraannya, software dan ephemeris mana dia guna.

Q: Ada siaran di internet ke?

A: Ada. NASA ada buat Live di SINI.

Q: Bagaimana rupa asteroid tu apabila ia melintasi Bumi?

A: Jom tengok simulasi ini. Saya rasa ia amat mudah untuk difaham.

Q: Di mana lagi maklumat yang boleh didapati berkenaan dengan asteroid ini?

A: Saya syorkan baca artikel http://www.universetoday.com/99865/asteroid-2012-da14-observing-prospects-and-how-to-see-it/ yang mana ia amat lengkap sekali.

Q: Di Malaysia, ada sesiapa yang akan cuba merakamnya?

A: Mungkin ada beberapa peminat astronomi yang akan cuba rakam, Saya sendiri akan usahakan. Walaupun bukan LIVE, tapi sekurang-kurangnya dalam dapat rakam sikit pun jadilah.

Q: Adakah meteor yang meletup di Rusia tadi ada kaitan dengan asteroid ini?

A: Tidak ada kaitan. Sila rujuk artikel INI.

Wallahualam

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...