Sebuah meteor yang amat besar meletup di ruang udara Rusia!

screen 2013-02-15 at 3.35.06 PM

 

Ketika artikel ini ditulis, berduyun-duyun berita ini keluar di internet. Video-video pun dah banyak dimuat naik di youtube. Apa pun, saya cuba ringkaskan sikit di sini…

Pada lebih kurang jam 9.30 waktu tempatan, sebuah meteor yang teramat besar telah memasuki ruang udara sebuah bandar bernama Chelyabinsk, di timur pergunungan Ural. Jaraknya lebih kurang 1500 km dari Moscow.

(Foto di atas Still frame from a dashcam video of a huge meteor over Russia. Image credit: YouTube/Андрей Борисович Королев)

Dilaporkan cahaya meteor ini jauh lebih cerah daripada matahari! Beberapa saat selepas meteor ini melintas, sebuah shockwave yang kuat berlaku, yang menyebabkan cermin pecah, alarm kenderaan berbunyi, dan orang ramai bertempiaran lari!

Phil Plait (Badastronomer) telah buat kiraan. Kejadian ini berlaku 16 jam SEBELUM asteroid 2012 DA14 melintasi Bumi. Dengan kelajuan asteroid itu 8km/saat, apabila dicongak-congak kita boleh dapati asteroid 2012 DA14 tu sekarang berada nun jauh pada 500,000 km dari Bumi. Ini meletakkan ia di orbit yang tak ada kena mengena langsung dengan meteor yang jatuh di Rusia ini.

Emily Lakdawalla dari Planetary Society pun sedang rancak tweet berita terkini.

Laporan terkini dalam radio (menurut tweet Emily) menyatakan lebih kurang 100 orang cedera dalam kejadian ini.

(Terbaru hingga jam 5 petang waktu Malaysia, lebih 400 orang dilaporkan cedera)

Dilaporkan juga terdapat cebisan meteor yang jatuh ke bumi. Kebanyakan yang cedera akibat serpihan kaca cermin tingkap yang pecah dan siling jatuh akibat sonic boom yang berlaku.

Cuba tengok foto dalam laporan ini http://zyalt.livejournal.com/722930.html

Apa yang pasti, sebuah meteor telah jatuh di Rusia. Kalau nak dikatakan video-video itu tipu, tak mungkin kerana begitu banyak video yang diambil dari sudut yang berlainan sudah diambil (walaupun ada timestamp sesetengah video itu tidak begitu betul)

Kita tunggu laporan selanjutnya nanti.

Sementara tu, jom tengok video-video yang telah dirakam ini. Boleh juga klik LINK INI untuk senarai video yang berkaitan.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...