Tribute buat Allahyarham Azli Paat

PUTRAJAYA, 9 Okt -- Pengasas Ada Vista Sdn Bhd, Azli Paat bersama Anugerah "MSC Malaysia Asia-Pacific ICT Alliance (APICTA) Prime Minister Best of the Best" yang diterimanya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC Malaysia dan mesyuarat Majlis Perlaksanaan MSC Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, Oct 9 -- The founder of Ada Vista Sdn Bhd, Azli Paat, with the ?MSC Malaysia Asia-Pacific ICT Alliance (APICTA) Prime Minister Best of the Best' award which was presented to him by the Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak after chairing the MSC Malaysia International Advisory Panel (IAP) / Implementation Council Meeting (ICM) 2012 meeting in Bangunan Perdana Putra, here today.--fotoBERNAMA (2012) COPYRIGHT RESERVED

Peminat ICT tempatan dikejutkan dengan pemergian pakar ICT tempatan, Allahyarham Azli Paat. Berita pemergian Allahyarham telah mula tersebar sejak awal malam semalam, dan pagi tadi. Sebelum saya berangkat ke Planetarium Negara untuk mengendalikan sesi talkshow sempena ulangtahun ke-19 organisasi berkenaan, terkedu sekejap apabila terpampang berita di laman sosial facebook.

Secara peribadi, saya memang tidak mengenali beliau. Hanya suara dan celoteh tanpa penat Allahyarham setiap pagi, yang menjadi teman ketika saya berada di dalam kenderaan menuju ke pejabat. Kali pertama saya mendengar slot beliau ialah menerusi Radio KLFM. Sistem pesanan ringkas, DAPAT, menjadi salah satu daripada begitu banyak perkhidmatan yang diilhamkan oleh beliau.

Saya sendiri yang berlatarbelakangkan IT, amat kagum dengan komitmen yang Allahyarham berikan, terutama di dalam memberi update teknologi terkini dalam bidang ICT. Malah, beliau pernah juga memberi tips terhadap beberapa perisian Astronomi yang boleh digunapakai oleh orang ramai.

Kini, beliau sudah tidak bersama kita. Allah SWT lebih menyayangi beliau. Semoga segala ilmu yang telah dicurahkannya, akan menjadi bekalan yang berterusan di alam barzakh, dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang soleh.

Al-Fatihah.

screen 2013-02-07 at 9.01.48 PM

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...