Siri CAD2013: Kesaktian Bima Sakti

Hari Astronomi Sedunia akan berlangsung pada 20 April 2013 nanti. Buat pertama kali, kita di Malaysia akan menganjurkan Hari Astronomi Sedunia Peringkat Kebangsaaan di Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson pada tarikh tersebut. Tunggu maklumat lanjut nanti.

<melainkan kalau ada pilihanraya, terpaksa tangguh lah!>

Oleh itu, saya akan hangat-hangatkan FO ini dengan siri Countdown to Astronomy Day 2013 (CAD2013) , iaitu artikel-artikel ringkas, berbentuk FAQ, yang berkisahkan topik-topik serta kisah yang memberi impak yang besar terhadap penglibatan dan minat saya dalam astronomi selama ini.

Siri CAD2013: Kesaktian Bima Sakti 

Apa sebenarnya Bima Sakti ni?

Bima Sakti merupakan jaluran cahaya yang samar-samar kelihatan merentasi langit. Ia tidaklah kelihatan  di semua tempat di langit, hanya kawasan-kawasan tertentu je. Bima Sakti itu sendiri ialah sebuah galaksi yang kita sedang berada di dalamnya. Cahaya samar-samar tu datang dari jutaan malah berbilion bintang yang terlampau jauh, sehingga kita tidak dapat melihatnya secara individu.

You are Here - Milky Way

Boleh lihat dengan mata ke?

Ya memang boleh! Bima Sakti ini paling baik kena lihat dengan mata. Tak perlu teleskop. Malah Binokular pun sebenarnya tidak begitu sesuai, melainkan di kawasan-kawasan tertentu seperti di kawasan buruj Scorpio dan Sagittarius.

Apa yang ada di kawasan Bima Sakti?

Saya berpendapat, di kawasan persekitaran Bima Sakti inilah terletaknya begitu banyak objek-objek seperti gugusan bintang (star clusters) dan nebula. Untuk yang ini, saya recommend untuk menggunakan Binokular sebagai alat bantuan mencari benda-benda ini.

visionking

 

Berminat untuk membeli Binokular VisionKing? Sila KLIK sini!

 

Kalau di kawasan bandar, boleh nampak ke Bima Sakti ni?

Malangnya, cahaya Bima Sakti ini tidak dapat menandingi silau cahaya yang melampau yang terdapat di bandar-bandar besar. Kita perlu pergi ke kawasan jauh dari gangguan cahaya. Tips saya ialah, jika latar belakang langit berwarna hitam, anda berpeluang melihat Bima Sakti!

profile

jika latar belakang langit berwarna hitam, anda berpeluang melihat Bima Sakti!

Boleh ambil gambar ke?

Bima Sakti ini merupakan kawasan langit yang PALING MUDAH untuk dirakam dengan mana-mana kamera DSLR. Malah, sekarang ini begitu ramai photographer mula menyedari kewujudan Bima Sakti ini, dan menghasilkan foto yang begitu menakjubkan (Sila lihat foto-foto di hujung artikel ini)

Kenapa dalam gambar Bima Sakti di internet tak sama dengan apa yang ada di langit?

Hakikatnya ialah gambar-gambar di internet itu sebenarnya ‘dilihat’ oleh kamera kita, bukannya mata kita. Kamera DSLR mempunyai tahap sensitiviti jauh lebih tinggi berbanding mata manusia, maka ia berupaya untuk ‘mengumpul’ cahaya dengan lebih banyak lalu menjadikan Bima Sakti itu kelihatan ‘terang-benderang’. Selain itu juga, foto-foto tersebut telahpun di proses mengggunakan perisian grafik untuk ‘menaikkan’ lagi keadaan Bima Sakti itu.

Dalam bulan April nanti, di manakah Bima Sakti ini boleh dilihat?

Untuk bulan April ini, kawasan Bima Sakti yang paling terang boleh dilihat sekitar menjelang waktu Subuh. Halakan pandangan anda ke arah Tenggara, dan dongakkan sedikit ke atas. Jika kita berada di kawasan gelap, kita akan dapat lihat satu jalur putih merentasi dari bawah kanan menuju ke atas kiri langit.

screen 2013-03-22 at 11.26.44 AM

 

Rajah di atas menunjukkan kawasan Bima Sakti di langit pada sekitar waktu Subuh sepanjang bulan April nanti.

Halakan DSLR ke sana. Gunalah lens yang paling wide, dan set-kan waktu dedahan kepada 15 hingga 30 saat. Set juga aperture sebesar yang mungkin, dan juga guna ISO setinggi mana yang anda berani (selagi tidak terlalu banyak noise). Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya!

Foto-foto Bima Sakti hasil sentuhan Astrophotographer Malaysia!

bm-muzamirCredit: Muzamir

bm_harris Credit: Harris McHorror

bm_wan Credit: Redzuan

 

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...