Travelog: Cubaan pertama menjejaki Komet PanSTARRS

Petang semalam (1 Mac), ramalan cuaca menunjukkan cuaca agak baik di sekitar pantai barat. Saya pun bergegas menuju ke Teluk Kemang untuk cubaan pertama menjejaki Komet PanSTARRS.

Menurut kiraan perisian SkySafari, ia akan berada lebih kurang 20 darjah ke kiri dari matahari, dan ketika matahari terbenam, ia akan berada pada ketinggian 7 darjah dari ufuk. Agak rendah dan mencabar, lebih-lebih lagi dengan keadaan ufuk Malaysia yang sentiasa berawan.!

hunting4panstarrs-1mar2013-kem

Nak dijadikan cerita, highway PLUS jem teruk ketika menghampiri tol Seremban (foto di atas). Saya baru dapat tahu terdapat kemalangan di antara tol Seremban dan Port Dickson. Jam sudah menunjukkan 5.30 petang, maka tanpa banyak pilihan saya pun melencong keluar dari lebuh raya, dan menyusur mengikut jalan dalam.

Alhamdulillah sempat sampai sebelum Maghrib.

Cuaca di ufuk barat cukup promising, dengan langit birunya. Namun di sebelah atas kepala dan timur awan mula menutupi. Harapnya angin itu tak lah bertiup arah laut!

 

 

hunting4panstarrs-1mar2013

 

Saya pun mula memacak tripod murah saya di atas anjung tinjau balaicerap Teluk Kemang. Pandangan agak baik dan tidak terlindung dengan apa-apa objek. Namun yang merisaukan ialah lapisan awan yang berada tepat di atas ufuk barat, di mana lokasi Komet PanSTARRS berada!

panstarrs1mar2013.001

Merujuk kembali kepada catatan ringkas di SkySafari (foto atas), saya mula mencongak kedudukan komet ini. Waktu kiraan itu pun berdasarkan Kuala Lumpur dan bukannnya Teluk Kemang, namun ia cukup untuk memberi gambaran kasar.

Saya rasakan suasana seperti nak tengok anak bulan pulak! 🙂

Malangnya sehinggalah Komet itu terbenam (sekitar jam 8 malam), ia tidak dapat dilihat kerana lapisan awan tebal yang berada di ufuk barat.

hunting4panstarrs-1mar2013-fail

 

Merujuk kepada foto di atas, saya jangkakan Komet itu berada tepat di tengah-tengah frame tersebut. Puas belek rakaman foto yang diambil namun tiada rezekilah nampaknya.

Saya boleh simpulkan secara ringkas:

  1. Komet ini masih terlalu rendah ketika ini.
  2. Perlukan ufuk barat yang bersih dari awan untuk berpeluang menjejaki kedudukan komet ini.
  3. Lens 50mm f/1.8 yang digunakan, saya rasa berpeluang untuk merakam komet ini (berdasarkan saiz medan penglihatan).
  4. Kena tunggu 3,4 hari lagi apabila komet ini semakin tinggi di ufuk barat.

Mudah-mudahan hari-hari mendatang akan memberi berita lebih gembira, InsyaAllah.

 

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

Skip to toolbar