Bengkel Astrofotografi 2013 – Bersama Penggiat Astrofotografi Malaysia

banner2

 

Bersempena dengan Hari Astronomi Sedunia 2013 nanti, sebuah Bengkel Astrofotografi akan dijalankan oleh Kelab Astronomi Amatur Malaysia dan Falak Online, di tarikh dan lokasi berikut:

  • Tempat: Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Tarikh: 20 April 2013 (Sabtu)
  • Masa: Lepas Zuhur sampai la sebelum Subuh keesokannnya 😉

Bengkel ini lain daripada yang lain, kerana kami berusaha untuk mengumpulkan beberapa orang penggiat astrofotografi di Malaysia, ialah En. Redzuan Tahar (dari Langkawi National Observatori), En. Aziz Mahmood (Kelab Astronomi Amatur Malaysia), William Chin (Astrophotography Group of Malaysia), dan tokey FO sendiri. 😉

 

Sesi bengkel ini teramat santai, di mana keempat-empat  mereka ini akan berkongsi pengalaman, idea dan tips, untuk pelbagai cabangan astrofotografi daripada DSLR, solar system imaging, CCD automation dan banyak lagi.

Pada sebelah malamnya, jika cuaca mengizinkan, sesi praktikal astrofotografi akan dilakukan bersama-sama. Di sini peserta akan mendapat bantuan secara terus daripada penceramah, daripada cara memasang peralatan, kamera hinggalah kepada cara pemprosesan imej yang dirakam.

Fokus utama di sini ialah pratikal astrofotografi. Kami bukan sekadar berborak teori, tapi turun padang membantu anda!

Tempat amat terhad (maksima 30 orang sahaja). Yuran sebanyak RM10/- (untuk ahli KAAM) dan RM30/- (untuk bukan ahli) sahaja. Makan minum disediakan pada sebelah minum petang, makan malam dan lewat malam. Maknanya yuran yang dikenakan ini amat berbaloi-baloi!

Berminat? Jom daftar dengan memuat turun Borang Pendaftaran ini. Segala arahannya lengkap tersedia di dalam borang tersebut.

 

DOWNLOAD —>  Borang Pendaftaran

Apa yang perlu di bawa?

1. Diri sendiri (wakil tak dibenarkan 😉

2. Peralatan rakaman (kamera, webcam, ccd dan seumpamanya)

3. Tripod kamera (jika menggunakan kamera)

4. Teleskop (jika ingin merakam menerusi teleskop)

5. Tripod teleskop yang bermotor (jika ingin merakam long exposure)

6. Intervalometer (jika ingin belajar membuat star trails)

 

Jom Daftarlah sekarang!

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...