Cara mengambil gambar fenomena Earthshine

moon-15-Apr-2013-5dmkii-ts65q-smarteqpro

Waktu yang paling seronok untuk melihat Bulan ialah ketika ia berbentuk sabit. Selain daripada dapat melihat rupa bentuk permukaannya yang berlekuk-lekuk (hasil daripada sudut matahari yang menghasilkan bayang-bayang di celah-celah kawah dan gunungnya), kita berpeluang untuk melihat fenomena Earthshine.

Fenomena Earthshine telah saya terangkan di artikel ini http://falakonline.net/semesta/2013/01/peluang-melihat-earthshine-pada-subuh-esok/

Pada malam semalam, langit di Sri Damansara begitu bersih tanpa awan langsung! Jika tidak disebabkan badan yang bisa-bisa kurang sihat ni, pasti saya dah berembun sampai ke pagi! 😀

Namun, sempat juga merakam Earthshine ini menerusi teleskop TS65Q APO dan kamera DSLR.

Sambil memetik-metik punat DSLR itu, saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit penerangan secara foto, cara untuk merakam Earthshine ini.

Di bawah ialah hasil daripada 6 buah rakaman foto yang menggunakan waktu dedahan yang berbeza-beza. Jelas di sini, lagi lama waktu dedahan di buat, lebih terang dan jelaslah kawasan Earthshine tersebut. Saya juga telah memuatnaik foto ini di facebook FalakOnline.

perbezaan rupa bentuk bulan.001

 

Saya tidak meneruskan sehingga ke 30 saat, kerana yakin Bulan akan menjadi terlalu cerah dan silau, dan seterusnya menghilangkan efek Earthshine itu.

Suka saya beritahu di sini, disebabkan saya menggunakan teleskop yang mempunyai focal length 420mm, maka saya terpaksa memasak Kamera dan Teleskop itu di atas mount teleskop yang bermotor.

Dengan menggunakan konsep “600 Rules” dalam Astrophotografi, apa-apa exposure yang melebih 1.4 saat akan menyebabkan objek menjadi blur hasil gerakan bumi. Mount teleskop bermotor akan mempastikan objek yang dirakam kekal di dalam medan penglihatan kamera.

Selamat mencuba!

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...