28 Mei 2013 kembali, jom periksa arah Kiblat kita!

Sebagaimana ramai yang sedia maklum, esok pada 28 Mei 2013 (dan juga 16 Julai 2013) , matahari akan bergerak di atas matahari Kaabah atau lebih dikenali sebagai Istiwa Matahari di atas Kaabah.

Kejadian yang berlaku tepat pada jam 5.16 PM waktu Malaysia (pada jam 5.28 PM untuk 16 Julai 2013)  itu membolehkan kita, umat Islam, menyemak kembali arah kiblat atau lebih popular ‘arah sejadah’ kita, samada ia masih tepat ataupun sudah terpesong sedikit.

Jangan salah anggap, arah kiblat tidak berubah, tetapi yang mungkin beranjak ialah tandaan kiblat di rumah, pejabat atau sekolah kita. Maklumlah pelbagai faktor seperti kecuaian diri, yang memungkinkan kedudukan sejadah kita selama ini terubah secara tidak sengaja.

Bagaimana caranya? Amat mudah.

  1. Pacakkan kayu, atau gantung tali, atau cari sisi bangunan atau tiang yang tegak 90 darjah.
  2. Pada jam 5.16 PM (atau 5.28 PM untuk 16 Julai), perhatikan kedudukan bayang-bayang yang terbentuk.
  3. Garisan bayang-bayang objek tadi apabila dihalakan ke arah matahari, akan tepat menunjukkan arah kiblat.

Saya pernah sediakan artikel ringkas dalam bentuk PDF pada tahun 2007. Boleh download di SINI. Ia masih relevan, walaupun sudah berumur 6 tahun. Gunalah panduan ringkas menerusi dokumen itu untuk menentusahkan kembali arah kiblat kita.

Selamat mencuba.

Rujukan:

http://www.falak.unisza.edu.my/?cat=Artikel_Falak&alink=20080515120217

http://www.falak.unisza.edu.my/?cat=Artikel_Falak&alink=20080515120528

foto kaabah

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...