Si Orang Bintang

Akhbar KOSMO telah menerbitkan sebuah artikel ringkas berkenaan dengan penglibatan saya dalam dunia Astronomi menerusi akhbarnya hari ini, 22 Mei 2013.

Terima kasih kepada wartawan, saudari Khadijah Mohd Nor atas kesudian menjenguk ke rumah dan melawat SGO yang tak seberapa ini.

Namun, mungkin kerana kesilapan yang tidak disengajakan, ada fakta yang kurang tepat. Di antaranya, suka saya maklumkan bahawa ayahanda saya, Ahmad Abdul Wahab, masih ada dan sihat walafiat. Yang sudah pergi meninggalkan kami ialah , Allahyarham Bonda saya, Kalthum Bt Jaafar, pada tahun 2009 yang lepas.

Harap semua sedia maklum dengan maklumat di atas.

Apa pun, semoga pengkisahan sejarah saya ini dapat memberi suntikan semangat buat anda yang masih berkira-kira samada mahu menceburi secara serius atau tidak.

Online version HERE

si orang bintang pg1si orang bintang pg2 si orang bintang pg3

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...