Travelog Australian Astro Imaging Conference 2013

Berita Travelog

Pada minggu lepas, saya telah menghadiri sebuah conference yang bertajuk Australian Astro Imaging Conference atau singkatannya AAIC 2013.

Conference ini merupakan yang kedua dianjurkan oleh Grifith University, yang mana sebelum ini berlangsung pada tahun 2011. Perancangan asal saya ialah untuk menghadiri sesi 2011 itu, cuma tidak ada rezeki.

Alhamdulillah untuk yang ke-2 ini, saya berpeluang untuk bersama-sama dengan pakar-pakar Astrofotografi ternama dari Australia dan US.

Berikut merupakan antara coretan ringkas sepanjang 3 hari berlangsungnya conference ini.

IMG_20130823_132641

Conference ini berlangsung di Crowne Plaza Hotel (foto atas) di Surfer’s Paradise, Australia. Ia terletak lebih kurang 2-3 km daripada pusat bandar Surfer’s Paradise.

IMG_20130823_124439

Penganjur telah menyewa sebuah ruang dewan (foto atas) yang agak besar untuk menampung peserta yang hadir.

IMG_20130823_111324

Nak dijadikan cerita, saya merupakan orang yang ke-2 mendaftar ke conference ini. Kalau tidak silap pendaftaran dibuat lebih kurang 2 bulan lepas.

Nombor 002 tu pun agak menarik. Cuba tidak bernasib baik kerana tidak dipilih untuk cabutan bertuah.. huhu

IMG_20130823_170954

Mungkin rezeki saya, meja yang saya duduk yang mana terletak betul-betul di hadapan pentas utama, turut menjadi pilihan seorang peminat astronomi yang agak berumur. Pada mulanya saya tidak begitu cam rupanya, namun setelah beberapa peserta lain datang bertegur sapa dengan ‘jiran sebelah’ saya ini, barulah tahu yang ‘orang tua’ tu sebenarnya ialah Professor David Malin! (foto atas)

Bagi yang pertama kali dengar namanya, Prof. David Malin ini merupakan antara ahli astronomi yang cukup dikenali ramai kerana boleh dikatakan, beliaulah yang mempelopori teknik astrofotografi moden yang digunapakai sekarang.

Sehingga Julai 2001, beliau merupakan photographic scientist-astronomer di  Anglo-Australian Observatory (sekarang dikenali sebagai  Australian Astronomical Observatory, AAO). Beliau juga merupakan Adjunct Professor of Scientific Photography di RMIT University in Melbourne (RMIT), di Department of Applied Physics.

Biodata lengkap beliau banyak di internet, namun yang menarik boleh di baca di SINI.

Antara sumbangan paling besar Prof David Malin, ialah menemui cara untuk menghasilkan astrofoto berwarna, dengan menggunakan plat fotografi hitam putih. Kaedah ini sekarang lebih dikenali sebagai RGB combination.

Mungkin satu hari, saya akan buat satu artikel lain berkenaan dengan Prof David Malin. Apa yang pasti, saya begitu teruja kerana dapat berborak-borak sambil minum teh tarik bersama-sama dengan tokoh yang dikagumi dunia ini!.

IMG_20130823_192434

Selain daripada itu, saya juga berpeluang berjumpa dengan Peter Lake, seorang ahli astronomi amatur yang aktif di iTelescope.net, dan juga Darren Wallace, pemilik teleskop Riverland Dingo Observatory.

Saya sering berkomunikasi dengan mereka menerusi Google+ dan FB sebelum ini, dan cukup seronok apabila dapat berbual secara berhadapan dan berkongsi idea dengan mereka terutama sekali di dalam cabangan automasi instrumentasi astronomi menggunakan ACP dan Paramount.

Sebelum ini saya pernah bersama dengan Peter Lake di dalam Google+ Hangout yang membincangkan berkenaan dengan letusan yang berlaku terhadap Comet 168P Hergenrother.

Video hangout tersebut, yang berlangsung 12 Ogos 2012 lepas, boleh ditonton di bawah

Pempamer peralatan astronomi tidak ramai, hanya ada 3 sahaja, iaitu dari Planewave, ATIK dan FLI. Ketiga-tiganya merupakan penaja utama conference AAIC2013 ini. (foto bawah)

IMG_20130823_124336 IMG_20130823_124139 IMG_20130823_124122 IMG_20130825_075858 IMG_20130825_075915

Dalam goodie bag yang diberi untuk conference ini, saya agak terkejut kerana di dalamnya terdapat sebuah buku yang bertajuk “Zone System for Astro Imaging” (foto bawah) . Penulisnya ialah Ron Wodaski, seorang ahli astronomi yang cukup terkemuka di US. Beliau merupakan penulis kepada buku “The New CCD Astronomy”, yang merupakan buku rujukan utama saya sebelum saya menceburi di dalam pengimejan menggunakan CCD, pada tahun 2010 dahulu (sebelum terbinanya ShahGazer Observatory).

IMG_20130823_132848

 

Ron Wodaski (foto bawah) telah menyampai syarahan yang cukup menarik bertajuk “The New Wave in Amatuer Astrophotography”. InsyaAllah kupasan syarahan beliau akan dibuat selepas saya dengar kembali rakamannnya.

IMG_20130824_112613

IMG_20130824_175547

Peluang jangan dilepaskan! Sempat juga bergambar dengan otai CCD dari US ni! (foto atas)

 

Dikhabarnya, buku terbaru beliau akan fokus kepada memproses astrofoto menggunakan PixInsight!

Yessss!!

Salah seorang  pembentang conference ialah Anthony Wesley (bawah). Beliau cukup terkenal kerana merupakan orang yang pertama di dunia merakam hentaman yang berlaku di planet Musytari pada tahun 2009 lepas.

IMG_20130824_165938

 

Antara berita berkenaan kejadian tahun 2009 itu boleh dibaca di SINI dan SINI.

Seperkara yang menarik perhatian saya ialah bagaimana beliau modify teleskop buatan sendiri supaya ia boleh merakam foto-foto planet di dalam resolusi yang amat mengkagumkan!

AnthonyWesley

 

Saya dapat juga beberapa tips beliau dalam cara dan metod pengimejan planet yang berkesan.

Siapalah yang boleh lupakan Komet Lovejoy (foto bawah) ! Sebuah komet yang terselamat daripada hancur ketika ia bergerak menghampiri matahari, dan muncul di langit selepas itu , dalam keadaan yang cukup indah dan menakjubkan.

Comet_Lovejoy_2011_Milky_Way_Wide_Field

 

Di conference ini, saya berpeluang mendengar sendiri kaedah pencarian komet yang dilakukan oleh orang yang menemui komet ini, Terry Lovejoy  (foto bawah).

terry-lovejoy-comet

 

Yang menarik ialah, beliau hanyalah  seorang pengaturcara komputer. Namun pengetahuan dan skil dalam bidang perkomputeran ini dapat digunapakai di dalam misi beliau mencari komet-komet baru.

IMG_20130824_135959 IMG_20130824_141208 IMG_20130824_135512

 

Mendengar dengan sendiri pengalaman seseorang sememangnya jauh berbeza jika kita hanya sekadar membaca di internet!

Sementara itu, Paul Lucakus (bawah), seorang pegawai dari University of West Australia, telah membincangkan satu tajuk yang cukup menarik, iaitu SPIRIT telescope project, yang mana inisiatif beliau telah membolehkan para pelajar di universitinya, mengguna teleskop-teleskop untuk membuat kajian saintifik, yang menyumbang kembali kepada masyarakat astronomi dunia.

screen 2013-08-26 at 7.25.03 PM

Saya sempat berbincang beberapa perkara dengan beliau, dan InsyaAllah saya akan usaha melakukan yang serupa di Malaysia, jika berkesempatan dan mendapat kerjasama dari pihak balaicerap-balaicerap di sini.

Di samping itu, saya juga dapat bertemu dengan salah seorang penggiat The World At Night (TWAN), iaitu John Goldsmith (bawah: tengah) dari Perth. Beliau cukup terkenal sebagai salah seorang landskap astrofotografer tersohor dari TWAN dan menghasilkan foto-foto yang menakjubkan dari seluruh pelusuk dunia.

IMG_20130824_175849

 

Bersama-sama dengan beliau dari Perth, ialah seorang peminat astronomi yang berasal dari Singapura, tetapi sudah lebih 30 tahun menetap di Australia, iaitu Bill Yeo (foto atas: kanan).

InsyaAllah saya cuba merangka beberapa program bersama-sama dengan penggiat astronomi dari Australia Barat ini pada masa hadapan. Potensi langit di sebelah barat ini cukup menakjubkan, sebagaimana saya telah mengalaminya sendiri ketika trip mengejar Gerhana Matahari Annular pada Mei 2013 lepas.

Pembentangan kertas kerja ini diselang-seli dengan coffe break (foto bawah) selama 10-15 minit, dan ketika inilah perserta saling berborak dan mengenali antara satu sama lain dan berkongsi idea, serta menjalin hubungan baru.

IMG_20130824_154916 IMG_20130824_154955 IMG_20130824_154959

Martin Pugh (foto bawah) telah berkongsi tips dan workflow yang cukup menarik untuk mencapai ‘kesempurnaan’ di dalam astrofotografi resolusi tinggi.

IMG_20130824_090556 IMG_20130824_095038

 

Perekacipta narrowband filters Astrodon, iaitu Dr. Don Goldman dari US (foto bawah), telah memberi inspirasi dan menyatakan sebab mengapa perlunya peminat astrofoto merakam objek-objek langit menerusi wavelength narrowband, seperti H-alpha, SII dan OIII.

IMG_20130823_111718

Saya juga dapat berpeluang duduk semeja dengan beliau. 🙂

Jay Gabany (foto bawah), yang menghasilkan astrofoto yang begitu indah menerusi blog beliau, telah berkongsi pendapat berkenaan dengan isu “true color”. Menariknya, ceramah beliau merupakan yang paling panas, terutama sekali apabila Prof. David Malin, turut terlibat sekali di dalam memberi pandangan menerusi kaca mata beliau sendiri.

IMG_20130823_090426

Perbincangan hangat ini begitu intense hingga menyebabkan saya berkerut-kerut (Foto bawah)  nak cuba menghadami segala poin yang dihujahkan oleh kedua-dua tokoh ini.

🙂

frowning

 

Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka, BOSS (Backyard Observatory Supernova Search) telah menceritakan bagaimana sekumpulan peminat astronomi amatur dari Australia dan New Zealand, bergabung tenaga untuk memantau langit, dan mencari kemunculan supernova baru. Hasil kerja mereka (foto bawah) telah mendapat pengiktirafan daripada ahli astronomi profesional dunia.

Ini merupakan contoh yang paling bagus dari sudut kolaborasi antara profesional dan amatur.

IMG_20130825_110217

Malangnya di Malaysia ini, masih ada golongan yang masih memandang rendah dan meremehkan usaha yang dibuat oleh golongan amatur. Saya sendiri tidak pasti dari mana datangnya sikap ini, tetapi ia tidak membantu langsung malah membantutkan perkembangan ilmu astronomi ini sendiri.

Terdapat beberapa buah lagi penceramah dan pembentangan kertas kerja yang saya tidak cerita di sini, InsyaAllah huraiannya akan dikongsi dari semasa ke semasa.

Australian Astro Imaging Conference 2013 ini telah memberi begitu banyak idea dan inspirasi terhadap saya. Level atau tahap pengetahuan golongan amatur di Australia dan US ini, jauh lebih terkini berbanding kita di Malaysia. Malah, saya boleh katakan kita agak ketinggalan 10-15 tahun ke belakang, terutama dari segi pengetahuan teknologi, sikap terhadap ilmu dan dedikasi.

Namun begitu ia hanya pandangan peribadi sahaja. Saya akan cuba berbincang dengan beberapa pihak, dan cuba mencari formula yang terbaik, agar tahap peminat astronomi di Malaysia, dapat ditingkat dan sama-sama berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan ahli astronomi amatur lain di dunia.

Wallahualam

IMG_20130825_180247

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments