Kenang lalu mengusik jiwa – Dance Of The Planets

dance of the planets

Ketika melakukan spring cleaning di rumah sebentar tadi, saya telah terjumpa sebuah buku panduan kepada perisian yang bernama Dance Of The Planets.

Apabila terbaca sahaja nama Dance Of The Planets (DOTP) itu, saya teringat kembali pada sekitar tahun 1994 (kalau tak silap lah), di mana saya membelinya menerusi sebuah syarikat bernama Infinity Infocus. Perisian DOTP ini boleh dikatakan menghasilkan satu revolusi kepada perisian-perisian astronomi selepas itu.

Walaupun ia berasaskan sistem pengoperasian DOS, saya masih ingat lagi bagaimana ia mampu melukis carta bintang dengan begitu tepat, terperinci dan agak real. Selain itu, ia boleh melakukan plot pergerakan planet, bulan dan matahari serta boleh menambah efemeris terkini komet-komet yang ada di langit ketika itu.

Kalau ingatan saya masih kuat, ada sebuah lagi perisian terdahulu daripada DOTP ini yang bernama Lodestar, tetapi saya rasa DOTP jauh lebih canggih.

Versi yang terakhir yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar ARC Science Simulation ialah 2.71 . Saya kena selongkar kembali kotak-kotak lama di rumah ini untuk mencari kembali disk installation 3.5″ DOTP ini! Kalau jumpa pun, tak tahu pula cara nak membacanya kerana manalah nak cari slot komputer yang boleh baca disk 3.5″ di zaman sekarang ni!

Di bawah merupakan antara beberapa screenshot yang saya temui di internet.

screen 2013-09-07 at 9.08.00 PMscreen 2013-09-07 at 9.07.52 PM screen 2013-09-07 at 9.07.40 PM
Kadangkala menarik juga apabila terjumpa catatan-catatan lama, perisian dan apa-apa yang berkaitan dengan penerokaan astronomi ketika zaman muda-muda dulu! 🙂

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...