Komet yang disangka sudah mati, rupanya masih hidup.

image

 

Imej dari NASA’s Spitzer Space Telescope menunjukkan objek “Don Quixote” ini sebenarnya sebuah komet.

CREDIT: NASA/JPL-Caltech/DLR/NAU

Siapa sangka sebuah asteroid yang juga Komet yang sudah mati,  rupa rupanya sebuah Komet yang masih aktif!

Begitulah terjadinya terhadap sebuah objek asteroid yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai Near-Earth Object,  3552 Don Quixote.  Saintis yang mengkaji objek ini telah terjumpa Koma di sekeliling objek ini,  yang selalu nya di kaitkan dengan sebuah Komet.

Menurut laman web Space.com laporan 17 Sep lepas,  orbit Don Quixote ini serupa seperti sebuah Komet,  namun sebelum ini tidak ada ciri ciri yang menunjukkannya seperti Komet yang masih aktif,  lalu saintis mengklasifikasikan ia sebagai Komet Mati (Dead Comet),  sehinggalah baru-baru ini sebuah ekor telah kelihatan dia dirakam menerusi foto yang dirakam oleh Spitzer Space Telescope kendalian NASA.

Michael Mommert, seorang penyelidik post-doctoral di Northern Arizona University (NAU) menyatakan penemuan pancuran karbon dioksida dari objek tersebut adalah mustahil untuk dirakam oleh mana mana teleskop di bumi. ( beliau merujuk kepada penemuan yang dibuat oleh teleskop di angkasa Spitzer)

Sebuah Komet mengandungi bahan bahan seperti ais dan batu. Apabila ia menghampiri matahari,  ais ais ini akan mencair dan membentuk sebuah atmosfera nipis, yang dipanggil Koma.  Gas di sekeliling koma ini akan membentuk ekor,  yang kita kenali sebagai “ekor komet”.

Apabila komet komet ini berulang kali mengelilingi matahari, ia akan kehilangan ais, dan jisimnya semakin berkurangan,  sehinggalah tiada lagi ais yang ada. Apabila ini berlaku ia diisytiharkan sudah mati.

Sila klik  LINK INI untuk berita lanjut.

Saya amat tertarik dengan penemuan ini kerana ia mengingatkan kepada saya begitu banyak lagi rahsia alam yang perlu dipelajari dan diterokai. Jika kita sekadar duduk dan membaca buku buku rujukan tahun 80an dan 90an, tanpa mengambil peduli terhadap kajian yang dibuat oleh saintis dunia sekarang, alangkah ruginya kita.

Ayuh, kita ambil peduli!

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...