Musim demam Komet ISON bermula

Tinggal 2 bulan lagi sebelum kemunculan Komet ISON,  dan kini  semakin banyak foto foto dari peminat astronomi seluruh dunia yang jelas menunjukkan ia makin gah bersinar, walaupun jaraknya masih begitu jauh daripada bumi.

Laman web Universe Today hari ini telah memaparkan sebuah foto yang menarik perhatian saya yang mana ia menunjukkan Komet ISON berwarna kehijauan.

image

(foto kredit Universe Today)

Komet berwarna hijau bukanlah sesuatu yang pelik. Saya sendiri pernah merakam Komet Lulin pada tahun 2009, dan ia turut kelihatan kehijauan.

Ketika ini, rezeki belum ada lagi bagi saya untuk merakam foto Komet ISON ini, kerana cuaca tidak menentu kebelakangan ini.  Namun lokasinya kini agak tinggi ketika waktu Subuh.

Rajah di bawah adalah dari perisian Sky Safari. Kiraan perisian ini menunjukkan komet ini berada pada altitud 23 darjah pada waktu azan Subuh sedang berkumandang pada nanti.

image

Nantikan lebih banyak tips menjejaki Komet ISON ini dari semasa ke semasa.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...