Komet ISON – Peta lintasan di langit Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia

1385004_711766478851802_556885866_n

Kebanyakan peta lintasan dan kedudukan Komet ISON yang ada di laman-laman web internet, merujuk kepada negara-negara di hemisfera utara. Oleh itu sudut kedudukannya, serta sudut bentuk corak buruj-buruj di langit adalah berbeza dengan kita di Malaysia (dan negara berhampiran).

Oleh itu, untuk menampung kelopongan maklumat bagi kita di kawasan Asia Tenggara, saya menyediakan beberapa set peta yang menunjukkan kawasan di mana Komet ISON berada di langit.

Peta ini dijana menggunakan perisian SkySafari Pro (versi OSX). Saya mengambil screenshot hampir keseluruhan skrin perisian tersebut, yang mana di sebelah kirinya menunjukkan waktu dan tarikh tempatan peta yang dipaparkan di sebelah kanan.

Peta ini akan menunjukkan pemandangan dengan mata, apabila anda menghadap diri anda ke arah TIMUR, sekitar waktu Subuh.

Bulatan biru muda di tengah-tengah peta itu merujuk kepada view atau kawasan pandangan yang boleh dimuat apabila menggunakan sebuah binokular. Saya amat sarankan anda memiliki sebuah Binokular untuk menjejaki Komet ISON ini.

Teleskop akan membantu anda melihatnya dengan lebih jelas, tetapi anda perlukan pengetahuan yang agak tinggi di dalam cara menghalakan teleskop itu ke koordinat atau kawasan langit yang betul. Sila bertanya dengan kelab-kelab astronomi di kawasan masing-masing.

WAKTU & TARIKH

Peta panduan ini bermula dari Subuh, 7 Okt 2013, hinggalah 1 Jan 2014, iaitu hampir 3 bulan kesemuanya.

Terdapat lebih 50 buah peta, yang mana ada di antara selang sehari, dan ada yang selang beberapa hari. Pastikan anda perhatikan betul-betul tarikh dan waktu yang ditulis bersama-sama peta yang dipapar nanti.

Waktu simulasi peta ini terbahagi kepada 2:

  1. Bagi tarikh SEBELUM 28 Nov 2013, waktu yang dipaparkan ialah pada waktu Subuh (atau ketika  Astronomical twilight bermula) ,di lokasi masing-masing. Peta di sini dikira menggunakan waktu Subuh di Kuala Lumpur. Oleh itu, pastikan anda menggunakan waktu Subuh di bandar masing-masing.
  2. Bagi tarikh SELEPAS 28 Nov 2013, waktu yang dipaparkan ialah 45 minit SELEPAS Subuh (kawasan masing-masing). Ia terpaksa dilakukan kerana ketika itu altitud (ketinggian) komet ISON dari ufuk adalah amat rendah dan ia hanya terbit tidak sampai 1/2 jam sebelum matahari terbit.

Namun begitu, anda tidak perlu terlalu taksub dengan precision. Kalau ada beza 5-10 minit pun memang tak akan ada perbezaan atau perubahan kedudukan di langit, yang boleh dikesan dengan mata, mahupun binokular.

KESESUAIAN LOKASI

Peta-peta ini, walaupun dijana berdasarkan lokasi dari Kuala Lumpur, ia masih sesuai dipakai di mana-mana di sekitar Malaysia juga. Tidak akan ada banyak perbezaan yang nyata, yang boleh dicam oleh mata pencerap (melainkan anda benar-benar mahir dengan buruj).

Oleh itu, tidaklah menjadi isu atau persoalan samada ia boleh digunakan di bandar-bandar selain dari Kuala Lumpur.

KEADAAN LANGIT

Pastikan anda berada di kawasan yang jauh dari gangguan cahaya. Saya kirakan agak sukar untuk menjejaki komet ini dari dalam kawasan bandar-bandar besar.

Pergilah cari ke kawasan kampung, pantai atau pendalaman yang gelap. Pastikan tiada cahaya lampu cahaya yang menyilau, berada di hadapan anda.

Jangan lupa lengkapkan diri anda dengan sebuah Binokular sebelum cuba mencari.

RUPA KOMET

Komet ISON ini, ketika sebelum ia mencapai posisi perihelion, akan kelihatan seperti tompokan putih seperti awan kecil, apabila dilihat menerusi Binokular. Jika ekornya panjang, ia akan kelihatan lonjong atau panjang sedikit.

Bagaimana rupanya jika ia meletus terang nanti? Wallahualam. Saya pun belum sempat dapat menyaksikan mana-mana komet seterang itu. Mungkin kita sama-sama boleh menggunakan foto-foto komet seperti Komet Lovejoy, sebagai panduan.

Rupa bentuk komet di dalam peta-peta di bawah adalah hanya sebagai PANDUAN sahaja. Ia tidak menggambarkan keadaan sebenar. Ia mungkin berubah atau jauh berbeza, dan ia mungkin juga sama. Apa yang pasti, kita kena sentiasa mengikuti perkembangan komet ISON ini dari semasa ke semasa.

DOKUMEN HIDUP

Artikel atau dokumen ini adalah sebuah Live Document, yang mana ia akan ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa.

Perangai sesebuah komet amat sukar untuk diramal. Ia mungkin akan menjadi cerah, dan ia juga mungkin akan hancur hilang dari pandangan menjelang tarikh perihelion nanti. Oleh itu, pastikan anda sentiasa menyemak kembali kemaskini terbaru artikel ini. Saya akan letakkan nota kaki di setiap perenggan baru yang ditambah nanti, sebagai rujukan.

SESI PENERANGAN

Saya bersedia menerima jemputan untuk slot penerangan berkenaan dengan Komet ISON. Jika anda ingin menganjurkan sesi syarahan ringkas, boleh HUBUNGI SAYA.

PETA LOKASI KOMET ISON (Sila klik pada peta untuk paparan besar)

Tarikh: Subuh,7 Okt 2013

Komet ISON akan berada berhampiran dengan planet Marikh. Kedua-dua boleh dimuat dalam satu view binocular.

screen 2013-10-06 at 1.35.09 PM

__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 15 Okt 2013

Komet ISON, Marikh dan Regulus sederet. Boleh muat dalam satu view Binokular.

screen 2013-10-06 at 1.35.20 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 16 Okt 2013

screen 2013-10-06 at 1.35.33 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 21 Okt 2013

screen 2013-10-06 at 1.35.44 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 24 Okt 2013

screen 2013-10-06 at 1.35.54 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 28 Okt 2013

screen 2013-10-06 at 1.36.06 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 29 Okt 2013

screen 2013-10-06 at 1.36.14 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 30 Okt 2013

screen 2013-10-06 at 1.36.22 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 31 Okt 2013

screen 2013-10-06 at 1.36.30 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 1 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.36.40 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh,  4 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.36.52 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh,  8 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.37.03 PM

__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 11 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.37.14 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 13 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.37.26 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 15 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.37.32 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh,  17 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.37.39 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh,  18 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.37.46 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 19 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.37.53 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 20 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.38.00 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 21 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.38.06 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 22 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.38.13 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 23 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.38.21 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 25 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.38.34 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: Subuh, 26 Nov 2013

screen 2013-10-06 at 1.38.47 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 1 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.40.43 PM __________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 2 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.40.51 PM
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 3 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.41.01 PM

 

__________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 4 Dis 2013.

screen 2013-10-06 at 1.41.07 PM

 

_________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 5 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.41.13 PM

 

_________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 6 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.41.20 PM

_________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 7 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.41.27 PM

 

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 8 Dis 2013.

screen 2013-10-06 at 1.41.39 PM

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 9 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.41.47 PM

 

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 10 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.41.53 PM
________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 11 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.42.00 PM
________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 12 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.42.07 PM
________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 13 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.42.13 PM

 

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 14 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.42.19 PM

 

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 15 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.42.26 PM

 

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 16 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.42.31 PM

 

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 18 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.42.39 PM

 

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 20 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.42.45 PM

 

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 22 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.42.53 PM

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 24 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.43.00 PM

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 26 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.43.06 PM

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 28 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.43.13 PM

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 30 Dis 2013

screen 2013-10-06 at 1.43.20 PM

________________________________________________________________________________________

Tarikh: ~45 minit SELEPAS Subuh, 1 Jan 2014

screen 2013-10-06 at 1.43.33 PM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...