4 sekawan Komet di langit Subuh

Sormano-Astronomical-Observatory-LinearIsonEnckeLovejoy-20131107ww_1383947283

Laman Spaceweather.com hari ini (10 Nov) menunjukkan foto 4 buah komet yang sedang melintasi langit di waktu Subuh ketika ini. (Sumber foto di atas)

4 buah komet tu!!

Saya sendiri tidak boleh ingat bilakah kali terakhir 4 buah komet yang ‘agak terang’ muncul serentak pada waktu yang sama!

Begitulah unik dan indahnya formasi Alam Semesta Ilahi.

Daripada foto di atas (dari kiri ke kanan), saya boleh ringkaskan seperti berikut:

Komet C/2013 X1 LINEAR

Komet ini sekarang sepatutnya dalam keadaan yang amat kelam, kerana kedudukannya yang amat jauh dari Bumi. Namun, pada 21 Oktober lepas, menerusi laporan di SINI, ia bersinar pada kecerahan magnitud 8 ( iaitu di bawah keupayaan boleh cerap menerusi Binokular), walhal ia sepatutnya berada pada kecerahan magnitud 14.

Laporan di laman web tersebut menyatakan telah berlaku satu ‘letusan’ atau outburst , serupa seperti apa yang telah berlaku kepada Komet Holmes pada tahun 2007.

Apa yang sedang berlaku? Antara teori menyatakan mungkin sesuatu telah berlanggar dengan komet ini, dan perubahan mendadak cahaya ini adalah hasil letusan daripada perlanggaran tadi.

Komet ini berada amat rendah di ufuk timur, hanya terbit 25 minit selepas Subuh, dan ketika itu langit sudah pun semakin cerah. Maka agak sukar untuk melihatnya menerusi Binokular. Mata memang mustahil.

screen 2013-11-10 at 11.48.01 AM

 

Rajah di atas menunjukkan kedudukan Komet C/2012 X1 LINEAR, 30 minit selepas Subuh.

Komet C/2012 S1 ISON

Komet yang ditunggu-tunggu. Berdasarkan laporan hari ini, ia sudah mula boleh dilihat dengan Binokular (ia bersinar pada magnitud 8). Semua sedang ternanti-nanti adakah Komet ISON ini akan bersinar terang apabila ia menghampiri matahari hujung bulan November nanti?

Peta laluan Komet ISON boleh didapati di SINI.

Maklumat lain berkenaan Komet ISON boleh dilihat menerusi tag Comet ISON ini.

Saya sendiri masih belum berupaya merakam komet ini dengan mudah, kerana keadaan langit di ufuk timur di balaicerap SGO saya sentiasa berjerebu. Tak ada rezeki lagi.

 

screen 2013-11-10 at 11.46.07 AM

Rajah di atas menunjukkan kedudukan Komet ISON 25 minit selepas Subuh pada hari esok (11 Nov)

Komet 2P Encke

Komet Encke ini merupakan komet yang mengorbit matahari setiap 3 tahun. Malah, ia merupakan komet yang melengkapi satu pusingan mengelilingi matahari yang paling pantas berbanding komet-komet lain.

Ia ditemui pada tahun 17 Jan 1786 oleh Pierre Méchain (Paris, Peranchis).

Ketika ini, ia pun rendah di ufuk, lebih kurang sama ketinggiannya dengan Komet X1 Linear tadi. Ia bersinar pada kecerahan magnitud 7-8 , di bawah keupayaan sebuah Binokular tetapi mustahil dengan mata.

screen 2013-11-10 at 11.41.26 AM

Rajah di atas menunjukkan kedudukan Komet Encke 25 minit selepas Subuh tadi (10 Nov) dan esok.

Komet C/2013 R1 Lovejoy.

Komet ini ialah yang paling cerah di kalangan keempat-empat komet tadi. Bersinar pada magnitud 6.5, ia sebenarnya boleh dilihat dengan mata, dari kawasan langit yang amat gelap dan tiada gangguan cahaya langsung.

Pada kecerahan itu juga, ia amat mudah dilihat dengan sebuah Binokular. Ia akan kelihatan seperti sebutir bintang yang fuzzy berwarna kehijauan.

Kedudukannya di langit sekarang berhampiran dengan planet Musytari.

screen 2013-11-10 at 11.49.58 AM

 

Rajah di atas menunjukkan lokasi Komet Lovejoy pada waktu Subuh esok, 11 Nov 2013

integration_RGB_VNG_clone_ABE_Preview01

Foto di atas dirakam oleh saya pada 6 nov 2013 lepas sekitar jam 5 pagi.

 

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...