Helo Zombie ISON!

Ok, bagaimana saya hendak mulakan artikel ini?

Setelah menunggu dan menekan butang refresh hampir setiap minit di ruangan twitter sejak semalam, akhirnya hayat Komet ISON kelihatan sudah sampai ke penghujungnya, apabila foto-foto menerusi teleskop angkasa SOHO dan SDO menunjukkan dengan jelas komet ini semakin lama semakin pudar kecerahannya ketika ia semakin menghampiri matahari awal pagi tadi (sekitar jam 3 am waktu Malaysia).

screen 2013-11-29 at 10.13.37 AM

 

(Atas: beberapa jam sebelum ISON berada di posisi perihelion, ia mula kembali pudar)

Tapi tunggu!

Pagi ini, terdapat laporan terbaru yang menunjukkan ada ‘benda’ yang mula muncul di arah berlawanan matahari.

Adakah Komet ISON terselamat?

Phil Blait, ahli astronomer NASA, tidak berasa yakin. Menerusi beberapa siri twitter beliau, kesimpulan yang boleh diungkai menerusi pemerhatian awal ‘benda’ yang muncul itu ialah, ia mungkin saki-baki Komet ISON.

screen 2013-11-29 at 9.26.12 AM

 

Atas: Screenshot dari laman Helioviewer.org pada jam 8.45 am pagi tadi, menunjukkan ‘sesuatu’ yang muncul di sebelah atas matahari. Mungkinkah ia saki baki Komet ISON yang masih utuh?

Bentuk kepalanya tidak tertumpu kepada satu poin (seperti mana komet yang sihat). Ia lebih melonjong atau memanjang. Itu merupakan ciri-ciri satu deretan debu-debu yang bergerak di dalam orbit yang sama dengan ISON.

Maknanya, itu mungkin saki baki serpihan ISON.

Dr. Ian Musgrave pula menyatakan, serpihan itu mungkin cukup besar untuk ‘hidup semula’ menjadi komet.

screen 2013-11-29 at 9.53.14 AM

 

Tiada siapa sangka ini akan berlaku, kerana suasana di perbincangan maya Google+ Hangout semalam, walaupun bermula dengan agak ceria, tetapi menjelang jam 3 am, suasana menjadi suram.

Atas: Rakaman Google+ Hangout awal pagi tadi

Saintis yang mengkaji menerusi teleskop Solar Dynamic Observatory (SDO), pening kepala kerana komet ini tidak muncul-muncul di dalam frame foto teleskop tersebut (ketika Komet ISON melintasi matahari).

Susah untuk dihuraikan apa yang telah berlaku ke atas Komet ISON sekarang. Ia adalah sebuah komet yang unik kerana ini merupakan perjalanan kali pertamanya ke dalam kawasan persekitaran matahari sejak ia wujud pada awal pembentukan sistem solar. Maknanya, bahan-bahan di komet ini merupakan peninggalan elemen-elemen kejadian alam sistem solar yang berumur lebih 4 bilion tahun!

Maka, tiada siapa yang tahu bagaimana ‘perangai’ komet.

Bagi saya itulah antara faktor utama yang menyebabkan kajian komet-komet ini cukup menarik.

Hari masih panjang. Saintis-saintis di hemisfera barat sekarang masih tengah tidur lena. Selalunya komentar mereka akan muncul menjelang petang nanti.

Kita tunggu dan lihat dulu.

Sekarang sudah ada trending di twitter yang mula memanggil komet ini Zombie ISON! 😀

screen 2013-11-29 at 10.22.18 AM

Sementara itu, jom tengok video kompilasi pergerakan Komet ISON ini.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...