Komet ISON mula terjun ke arah matahari!

Berita Fenomena Sistem Solar

Tinggal kurang dari 9 hari lagi, Komet ISON akan melintasi matahari. Pelbagai berita dan foto di laman maya telah menunjukkan perubahan yang agak drastik sedang berlaku terhadap nukleus komet ini.

Antara yang paling jelas ialah pada 16 Nov lepas, yang mana kecerahan komet ini naik beberapa kali ganda, dan bersinar pada kecerahan magnitud 5. Dalam skala ini, ia akan kelihatan seperti sebutir bintang yang ‘sayup-sayup’ kelihatan dengan mata dari kawasan langit gelap.

waldemar-skorupa-ISON_2013-11-16T05h09m_3x180s_1x120RGB_skorupa_1384606267_lg

 

Kredit: Waldemar Skorupa

Foto di atas (sumber) dirakam oleh Waldemar Skorupa pada November 16, 2013 dari Kahler Asten, Germany.

Jelas kelihatan ekornya mula membentuk satu corak yang semakin mengembang.

screen 2013-11-20 at 8.45.32 PM

Foto kredit Damien Peach

Sehari sebelum ini, pakar astrofotografi Damien Peach, telah menunjukkan hasil foto Komet ISON (Atas) yang sungguh indah sekali. Sila klik sumber asalnya DI SINI untuk benar-benar lihat struktur di dalam ekornya!

Saya pun pening memikirkan apa teknik yang digunakan oleh si Damien ni!

Tony Scarmato telah pos di International Comet Group  sebuah kajian yang menunjukkan mungkin wujud letusan (jet) pada nukleus komet ini.

1401623_627489687292053_1615944344_o

Sumber foto. Credit Tony Scarmato

Pada 19 Nov, satu lagi letusan dikesan pada nukleus Komet ISON, yang kedua selepas letusan pertama pada 16 Nov lalu.

1476582_627717637269258_1050257740_n

Foto kredit B. Gary 

Foto di atas menunjukkan ada perubahan lagi yang berlaku. Banyak spekulasi yang bermain-main di kalangan para pemerhati. Ada yang mengatakan, disebabkan komet ini sudah semakin hampir dengan matahari, ais pada permukaannya mula mencair dan meruap menjadi letusan-letusan yang terbentuk itu tadi.

Letusan terbaru ini melonjakkan kecerahannya menjadi sekitar magnitud 4, dan semakin terang.

Kebetulan pula pada awal Subuh, 19 Nov 2013, langit di sekitar kawasan saya agak cantik. Hati saya tergerak untuk mencuba merakam Komet ISON ini sekali lagi. Menjelang azan Subuh, ia hanya berada sekitar 14 darjah sahaja di atas ufuk Timur.

Namun, mungkin disebabkan hujan berpanjangan sehari sebelumnya, menyebabkan kesan jerebu berkurangan sedikit, lalu membolehkan saya merakam Komet ISON ini (mungkin buat kali terakhir), sebelum ia bergerak semakin rendah ke arah matahari pada hari-hari mendatang.

19nov20136am-IMG0179a

 

Foto ini juga telah terpilih untuk muncul di laman web Spaceweather pada hari ini (20 Nov 2013).

🙂

Di manakah ISON sekarang?

Peta yang saya kongsikan DI SINI, menunjukkan ia semakin rendah ke ufuk setiap hari. Walaupun ekornya dikatakan selebar buruj Biduk (malah mungkin jauh lebih panjang), tetapi dengan mata memang mustahil untuk dilihat kerana ia begitu rendah, dan ditambahkan lagi dengan langit yang semakin terang ketika itu (Komet ISON hanya terbit ketika waktu Subuh).

Hari ini, 20 Nov 2013, saya ternampak link yang dikongsi oleh rakan astronomer, Halda, kepada artikel di SINI, yang melaporkan kecerahan komet ISON sudah mencecah 3.7 !

Vitali-Nevski-2012S1_20131120_1384917872-640x296

 

C/2012 S1 Ison: 20 Nov. 2013 (Credit V. Nevski, ISON-Kislovodsk observatory, Russia) Sumber

Menerusi simulasi Sky Safari, jelas menunjukkan Komet ISON kini berada menghampiri orbit planet Utarid, dan sedang menghampiri matahari pada kadar yang amat laju!

screen 2013-11-20 at 9.11.34 PM

Atas: Simulasi dari Sky Safari

Peluang untuk merakam Komet ISON ini mungkin semakin sukar setiap hari. Ditambahkan lagi cuaca tidak menentu di Malaysia sekarang, namun jika ia terselamat apabila ia melintasi matahari pada 29 Nov nanti, kita mungkin akan berpeluang menyaksikan sekali lagi komet ini, dan ketika itu mungkin dalam keadaan yang JAUH LEBIH AWESOME daripada sekarang!

Kita sama-sama berdoa dan tunggu!

Jangan lupa pada hari Sabtu malam Ahad nanti (23 Nov), saya akan berkongsi berita berkenaan Komet ISON di Planetarium Negara, pada jam 8 malam. Jemput semua datang!

planetarium talk

 

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments