Travelog: Kenangan Trip Gerhana Matahari Penuh 2012 di Australia

Tiba-tiba apabila saya melihat kalendar hari ini, sudah genap SETAHUN trip Gerhana Matahari penuh di Australia pada bulan Nov 2012 lepas… dan tidak ada laporan langsung mengenainya!

Rasa bersalah tidak terhingga rasanya, kerana selain daripada pos foto-foto di facebook, saya tidak ada catatan rasmi yang kekal di laman web Falak Online ini.

Maka, dengan rasa rendah diri, terimalah catatan atau travelog tersebut.

(Nota: Foto-foto gerhana di dalam artikel ini adalah hakmilik saya. Jika anda ingin berkongsi di laman web atau laman sosial anda, saya benarkan dengan syarat letakkan sumber dan link asal artikel ini)

Rancangan

Trip ini merupakan rentetan kepada trip gerhana terakhir saya pada tahun 2009 di China. Ketika itu, keadaan cuaca tidak mengizinkan, dengan mendung serta hujan renyai-renyai, menyebabkan kumpulan kami yang berada di sana tidak dapat melihat keadaan bulan menutupi matahari secara jelas.

Bertitik tolak dari situ, saya berazam untuk menyaksikan fenomena gerhana yang seterusnya (dan paling hampir dengan Malaysia) yang dijangka akan berlaku di Australia.

Laman web oleh penggiat astronomi, Xavier M. Jubier menjadi rujukan saya untuk mengira lokasi di manakah bayang-bayang bulan ini akan jatuh di daratan Australia.

Berdasarkan kiraan beliau di SINI, jelas ia jatuh di Australia timur, dan melalui bandar Cairns.

screen 2013-11-10 at 3.18.41 PMAtas: Kiraan di laman web tersebut menunjukkan laluan bayang-bayang bulan yang akan merentasi bandar Cairns.

Bajet dikira, hotel, penerbangan dan kenderaan di tempah. Saya (bersama isteri) pun memulakan perjalanan dari KLIA pada 11 Nov 2013.

IMG_0355 copy

Setelah bermalam di airport Brisbane, di atas kerusi keras. Akhirnya kami pun mulakan penerbangan domestik dari Brisbane ke Cairns. Perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam ini, agak mengantukkan. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa tidur dalam keadaan yang tidak begitu nyenyak.

12 Nov 2012

Apabila sampai di airport Cairns, kami pun bergegas mencari bagasi yang mula keluar daripada lokasi bagasi ini.

Paling merisaukan saya ialah keadaan kotak AstroTrac saya. Setelah apa yang berlaku dari KLIA ke Brisbane, saya benar-benar berharap agar ia tidak menjadi lebih teruk!

427938_4473266602111_730119654_n

Foto atas: Peralatan AstroTrac bersama-sama dengan kamera dan teleskop yang dibawa bersama dalam trip ini.

Sambil menunggu, mata saya meliar mencari Dr. Rowi. Agak risau juga kerana takut-takut beliau tidak dapat pesanan SMS saya semalam.

Namun, semua berasa lega apabila kelibat Dr. Rowi kelihatan di luar pintu masuk airport. Kami pun bersalaman dan bertukar-tukar cerita sambil menunggu bagasi-bagasi yang mula keluar satu demi satu.

1st stop, terus ke apartment kami di Cairns, bernama Koala Court.

screen 2013-04-01 at 12.10.22 AM copy

Hotel ni agak selesa. Ada 2 bilik. 1 bathroom, dan ada dapur!

IMG_7340 copy

Di sinilah segala perancangan dan strategi kami untuk menangkap gerhana matahari pada 14 Nov nanti.

Lepas dah selesaikan bagasi di Hotel, kami pun bersiap sedia untuk ke Port Douglas. Perancangan awal ialah untuk jumpa dengan rakan-rakan dari kumpulan anjuran Universiti Malaya, dan melihat samada sesuai atau tidak untuk sertai mereka untuk cerapan nanti.

Namun, apabila sampai di sana, kami dapati (menerusi rakan astronomi, William Chin) mereka tidak berada di lokasi tetapi sedang berjalan-jalan di Cairns!

Nampak gaya kami telah berselisih jalan lah!

Palm Cove

Setelah berbincang dengan Dr. Rowi, saya pun bersetuju untuk singgah di lokasi alternatif iaitu Palm Cove. Berdasarkan perbincangan di forum astronomi Australia, IceInSpace, kebanyakan daripada ahli forum tersebut memilih Palm Cove sebagai lokasi mencerap gerhana nanti.

Kiraan GPS kami pun menunjukkan ia tidaklah jauh sangat (hanya 20 minit sahaja dari Cairns, berbanding 1 jam untuk sampai ke Port Douglas)

Pasted_Image_11_10_13__1_22_PM-6Photo above: Overlooking the beach at Palm Cove. The jetty can be seen via Google Earth. Some discussion on IIS suggest that some of them will be at the jetty to get the best view.

Ketika di Palm Cove, angin begitu kuat. Kami agak risau bagaimana telescope mount kami akan dapat menahan tujahan angin nanti.

Malah, cuaca di sepanjang Cairns ke Palm Cove pada hari ini mendung dan berangin! Perasaan kami risau bercampur kecewa kerana khuatir ia akan berlanjutan sehingga hari Rabu (14 Nov) dan menggagalkan sekali lagi usaha untuk mencerap gerhana matahari.

Pasted_Image_11_10_13__1_36_PM-2Atas: Suasana mendung dan suram di sekitar kawasan Palm Cove. Foto ini mengarah ke sudut matahari terbit pada pagi hari gerhana nanti.

screen 2013-03-31 at 11.52.00 PMAtas: Papan tanda ini pun dah cukup meyakinkan saya supaya jangan terjun ke laut!

 

screen 2013-03-31 at 11.53.21 PM

Atas: Suasana hotel di sepanjang Palm Cove Espelanade. Mewah betul tempt ni!

screen 2013-03-31 at 11.55.42 PMAtas: Saya sedang meninjau senarai lokasi yang berpotensi untuk cerapan nanti. Senarai itu diambil dari laman web IceInSpace.

screen 2013-03-31 at 11.58.25 PMAtas: Saya bersama Dr.Rowi dan Din (adik Dr. Rowi) membincangkan “Plan B”.

Port Douglas

Lebih kurang 1/2 jam perjalan ke utara Palm Cove, kami pun sampai di Port Douglas. Sepintas lalu saya dapati tempat ini jauh lebih mewah berbanding Palm Cove. Ala-ala style Hollywood.

IMG_0376Atas: Tak mampu nak duduk sini, bergambar pun jadilah!

Info yang didapati dari William, kumpulan UM akan berada di Four Mile Beach. Setelah mengikut arah di dalam GPS, sampailah kami ke lokasi tersebut.

Namun, yang merisaukan kami ialah angin di sini  jauh lebih kuat berbanding dekat Palm Cove tadi! Pening kepala nak difikirkan bagaimanakah foto dan rakaman yang diambil nanti. Dalam keadaan sebegini, confim gambarnya akan tidak menjadi!

screen 2013-04-01 at 12.03.16 AMAtas: Keadaan angin kencang. Sekali imbas suasana seperti musim tengkujuh di pantai timur semenanjung! 

13 Nov 2012 ( 1 hari sebelum Gerhana!)

Perancangan hari ini adalah untuk kembali ke kawasan Palm Cove sekali lagi untuk mencari lokasi terbaik serta view atau pandangan yang paling cantik untuk gerhana esok.

Sebelah pagi selepas makan lagi kami pun ke Wangetti Beach dan Elis Beach. Saya telah menghubungi rakan saya, Lachlan McDonald, dan menurut beliau, Elis Beach merupakan lokasi yang  beliau pilih untuk mencerap nanti.

Wangetti Beach

Wangetti Beach kelihatan seperti sebuah pantai yang agak tersorok dari pandangan ramai. Jalan susur masuk hanyalah sebuah jalur kecil yang membenarkan 2 buah kenderaan biasa keluar masuk.

Kelihatan beberapa buah kenderaan berada di luar pagar kawasan pantai. Di sini juga terpacak papan tanda pengenalan sejarah Wangetti Beach ini.

screen 2013-04-10 at 3.05.53 PM screen 2013-04-10 at 3.06.12 PMAtas: Papan tanda di jalan masuk Wangetti Beach yang menceritakan sejarahnya.

Di sekitar pagar masuk itu juga banyak juga semak samun dan tumbuhan yang melata.

Jelas, ia bukanlah secantik dan glamour seperti Palm Cove. Namun, pantainya agak lebar dan banyak kawasan yang boleh dipilih untuk memacak kamera, teleskop dan tripod untuk rakaman gerhana nanti.

screen 2013-04-10 at 3.07.00 PMAtas: Kawasan semak samun berhampiran laluan masuk Wangetti Beach

IMG_8170 copyAtas: Saya sedang menunjukkan poin di mana matahari akan terbit nanti. Perhatikan kawasan pantai yang agak luas di sini.

Elis Beach

Setelah puas menilik dan memerhati pantai Wanggeti, kami pun ke selatan menuju ke sebuah lagi pantai bernama Elis Beach.

Elis Beach ini pula agak cantik dan cosy. Jauh lebih menarik berbanding dengan Wangetti Beach. Kawasan sekitarnya bersih dan tersusun, tak ada lah semak samun seperti di Wangetti Beach.

Cuma yang agak merisaukan ialah kawasan parking keretanya amat terhad. Tak banyak kenderaan boleh parking dan jika ramalan yang mengatakan lebih 50,000 pelancung luar akan datang ke persisir pantai sekitar Cairns ini, saya dapat rasa betapa sesaknya kawasan ini nanti!

screen 2013-04-01 at 6.28.38 PMAtas: Kawasan pantai Ellis Beach yang lebih cantik.

screen 2013-04-10 at 3.19.55 PMAtas: Tengah pening memikirkan keadaan parking ketika gerhana nanti.

IMG_8181 copyAtas: Isteri saya sedang bergambar berlatarbelakangkan kawasan parking kenderaan yang kecil dan terhad. 

Palm Cove – 2nd survey

Sekitar tengahari, kami pun bertolak kembali ke Palm Cove untuk tinjauan kali kedua. Dalam niat kami, Palm Cove merupakan lokasi favourite kami untuk cerapan esok.

screen 2013-04-10 at 3.22.25 PM
Apabila sampai di sana, pemandangan hari ini jauh berbeza dari semalam. Kelihatan orang sudah mula ramai berkumpul. Jalan yang kami lalui semalam, Palm Cove Espanade pun sedang ditutup!

Terdapat papan tanda yang menyatakan jalan ini akan mula ditutup petang nanti, dan hanya penduduk sekitar sahaja dibenarkan masuk.

Kami agak risau juga dengan apa yang dilihat. Di manakah hendak parking? Apa cara terbaik untuk membawa segala peralatan teleskop dan kamera nanti? Jam berapakah harus kami bertolak dari hotel nanti?

screen 2013-04-10 at 3.22.45 PM screen 2013-04-10 at 3.23.22 PM screen 2013-04-10 at 3.24.02 PM

Atas: Foto-foto atas menunjukkan suasana pengunjung yang makin ramai di sekitar Palm Cove. Semalam jauh lebih sunyi!

Keputusannya?

Akhirnya, kami pun mengambil keputusan untuk ke lokasi pendalaman, di sebuah bandar bernama Mareeba.

Mareeba? Dari mana pulak idea ini datang?

Ketika sedang berkemas-kemas segala peralatan, siaran berita di TV sedang menayangkan segmen ramalan cuaca. Sekonyong-konyong itu, pengacara berita itu memberitahu bahawa ramalan cuaca esok (pagi hari gerhana) di sepanjang kawasan pantai dari Cairns hinggalah ke Port Douglas, akan berawan dan hujan sekejap-sekejap.

Namun, pemberita itu menyatakan kawasan di pendalaman akan memperolehi cuaca yang jauh lebih baik dengan tiada awan ketika terbitnya matahari.

Saya pun berbincang dengan Dr.Rowi, dan setelah berfikir sejenak dan mengambil kira risiko serta faktor-faktor lain, kami pun mengambil keputusan untuk pergi ke pendalaman, menuju ke sebuah bandar bernama Mareeba, lebih kurang 1 jam perjalanan dari Cairns.

Mareeba

Nak dijadikan cerita, sebelum saya dan isteri mengambil keputusan untuk sertai Dr. Rowi di Cairns, saya telah buat booking sebuah hotel di Mareeba. Ini adalah kerana hampir kesemua hotel-hotel di sekitar Cairns sudah penuh! Yang tinggal pun berharga AUD300 untuk 1 malam!

MashaAllah, mana lah mampu nak duduk hotel semahal itu! Lalu, dengan bantuan Google Map, saya dapat bandar terdekat yang akan turut mengalami gerhana matahari ialah Mareeba. Hotel pun ditempah.

Namun, apabila Dr. Rowi mengajak saya untuk berkongsi apartment di Cairns, saya terus tanpa memikir panjang membatalkan tempahan tersebut!

Ironiknya, kini kami ke Mareeba juga untuk cerapan gerhana nanti!

screen 2013-11-10 at 3.07.43 PM

Apabila kami sampai di sana, malangnya semua hotel di bandar tersebut telah penuh ditempah!

Kami risau kerana tak pasti di manakah harus bermalam. Jika nak balik ke Cairns, waktu pun sudah Maghrib. Selain itu, keadaan trafik di Cairns pun semakin sesak dengan pengunjung.

Jam di tangan menunjukkan 5.30 petang. Tinggal hampir 24 jam sahaja sebelum gerhana bermula!

screen 2013-11-12 at 3.32.37 PMAtas: Hotel yang pada asalnya saya dah tempah, tapi kemudiannya membatalkannya. Kini dah penuh ditempah oleh pencerap gerhana

Alhamdulillah, rupanya salah sebuah hotel di Mareeba, membantu kami mencari hotel lain, dan telah mendapatkan bilik di bandar berhampiran, Atherthon!

Kami pun terus ke Atherthon (lebih kurang 15-20 minit perjalanan dari Mareeba) dan terus booking di hotel tersebut.

screen 2013-11-12 at 3.33.49 PMAtas: Tableland Motor Inn, hotel yang menyelamatkan kami daripada terpaksa tidur kesejukan di dalam kereta.

Sambil-sambil menunggu mata terlelap, langit malam di sekitar bandar itu begitu indah. Beribu-ribu bintang bersinar, malah galaksi Andromeda dengan mudah dapat dilihat dengan mata!

Cuma yang tak tahannya ialah suhu malam itu sekitar 10 darjah celsius!

Dengan mata yang berat keletihan, kami pun melelapkan mata berehat seketika sebelum memulakan pencerapan Gerhana Matahari Penuh subuh esok.

14 Nov 2013 – Hari Gerhana

Jam loceng berbunyi sebaik sahaja masuknya Subuh di bandar Atherthon. Setelah bersiap-siap, dan memastikan tiada barang yang tercicir, kami memulakan perjalanan 30 minit ke Mareeba.

Dalam suasana gelap lagi, kami sebenarnya memang tak pasti di lokasi atau kawasan mana di sekitar bandar ini, yang sesuai untuk cerapan nanti.

Namun, semasa memandu perlahan-lahan di pusat bandar (sebenarnya pekan), kami terlihat beberapa buah kenderaan yang sedang berkonvoi bergerak menyusuri sebuah jalan.

Ketika itu saya teringat, menerusi forum IceInSpace, bahawa ada di antara ahli IIS akan menuju ke utara, di kawasan pergunungan yang dikenali sebagai Mount Carbine.

screen 2013-11-10 at 8.39.19 PM

Hati saya agak berbolak-balik kerana menurut perbincangan di forum tersebut, ramai yang tidak recommend ke situ kerana jalannya sempit dan tiada ruang untuk berhenti parking di tepi jalan. Lebih-lebih lagi ada khabar angin yang kedengaran, mengatakan pihak berkuasa tempatan dan polis akan memastikan tiada sebarang gangguan lalu lintas di sepanjang perjalanan ke Mt. Carbine, dan ini termasuk tidak membenarkan sesiapa pun meletakkan kenderaan di bahu jalan!

Pening, pening!

Akhirnya, saya pun berkata kepada Dr. Rowi, “Tak apalah, kita pusing balik dan mencuba nasib di sekitar Mareeba sahaja”

Alhamdulillah keputusan itu tepat. Tidak jauh dari lokasi kami melakukan U-Turn, kelihatan sebuah padang yang amat luas, dan saya ternampak deretan kenderaan di situ, beserta beberapa tubuh badan orang yang sedang memasang ‘sesuatu’.

Kami pun memasuki kawasan padang itu, yang rupa-rupanya sebuah padang lumba kuda. Kenderaan yang berada disitu rupanya peminat astronomi tempatan dan juga dari Jepun, yang sedang memasang peralatan teleskop mereka!

Mareeba Rodeo Ground

IMG_2164Atas: Sebahagian peralatan daripada salah satu keluarga dari Jepun.

Sekali imbas, mata saya memandang ke timur dan mendapati tempat ini sempurna sekali kerana tiada halangan langsung. Malah cuaca pun begitu cantik ketika ini.

screen 2013-11-12 at 11.06.22 AM

Atas: Lokasi cerapan, Mareeba Rodeo Ground. 

Dalam kesejukan, kami pun bergegas memasang segala peralatan cerapan dan rakaman, mengejar saki baki yang masih ada sebelum terbitnya matahari.

IMG_0378Atas: Dr. Rowi bersama anaknya, sedang memasang 2 buah kamera di atas sebuah mount .

IMG_0379Atas: Pemasangan kamera DSLR dan video di atas tripod pinjam (Tq Redzuan LNO) dan tripod murah rm30/- 

IMG_0384Atas: Deretan peralatan dari team kami.

IMG_0397Atas: Kamera-kamera yang dipasang, semuanya dikawal sepenuhnya menerusi perisian Solar Eclipse Maestro.

Peralatan yang saya gunakan ialah teleskop Skywatcher 90ED (F=500mm) dan dipasang dengan Canon 40D. Ia dipasang ke alat AstroTrac. Selain itu, sebuah lagi kamera 550D dan lens 135mm.

Terima kasih kepada Redzuan LNO kerana meminjamkan lensa dan Pak Aziz untuk adapter untuk pasang ke mount AstroTrac.

Saya juga menggunakan perisian Solar Eclipse Maestro (versi Mac) untuk mengawal penuh kedua-dua kamera DSLR itu.

Memang dah niat saya untuk gerhana kali ini, saya mahu menikmatinya dengan mata kepala sendiri, dan tidak mahu terlalu asyik tumpuan kepada kamera! Rugi tu!

Kiraan menunjukkan Gerhana Penuh akan berlaku pada jam 6.38 pagi. Iaitu lebih kurang sejam selepas terbit Matahari.

Menjelang terbit matahari, kami dapati ufuk timur agak berawan, sekitar 3-4 darjah. Maka, kami terlepas untuk melihat matahari terbit. Namun, tidaklah sehingga terlepas langsung sentuhan pertama gerhana itu.

IMG_0406Atas: Menanti matahari keluar dari awan!

Sentuhan pertama bermula pada jam 5:45 am waktu tempatan.

Sambil-sambil menunggu waktu puncak gerhana, saya cuba perhatikan sekeliling, dan mendapati semakin ramai pemerhati dari masyarakat tempatan yang mula memenuhi ruang dan mengambil lokasi strategik untuk melihat dan merakam gerhana.

IMG_2159Atas: Kelihatan banyak kenderaan sudah berada di kawasan cerapan.

IMG_2160Atas: Kumpulan keluarga dari Jepun yang berada hampir dengan kumpulan kami

1/2 jam sebelum gerhana penuh

Ketika ini, terasa benar waktu berlalu begitu pantas. Menerusi lensa kamera, jelas kelihatan keadaan matahari yang mula hilang sebahagian bentuknya, akibat dilindungi oleh jasad bulan.

IMG_8157Atas: Gerhana matahari separa

Langit Alhamdulillah cukup baik. Tiada awan tebal langsung yang melindungi matahari.

Nampaknya Allah SWT telah memberi rezeki untuk tahun ini.

screen 2013-11-12 at 1.22.55 PMAtas: Di antara pengunjung yang turut memasang kamera dan teleskop masing-masing.

screen 2013-11-12 at 1.25.07 PMAtas: Konspirasi apa yang dibuat oleh 2 orang ni! 🙂

15 minit sebelum gerhana penuh

Ini boleh dikatakan waktu-waktu kritikal! Segala macam persoalan mula bermain di kepala saya.

  • Adakah semua kamera bercaj baterinya?
  • Adakah laptop saya cukup bateri?
  • Adakah softwate kawalan Solar Eclipse Maestro akan berfungsi dengan baik?
  • Adakah teleskop dan kamera sedang hala ke lokasi yang betul dan tidak terpesong ke tempat lain?

Keadaan gabra tak tentu hala mula bermain-main di hati. Saya dah menunggu hampir 6 tahun untuk melihat sekali lagi gerhana penuh matahari, setelah ekspedisi terakhir di China tidak mengizinkan saya melihatnya kerana hujan. Namun, pagi ini nampaknya peluang amat cerah.

Namun, perasaan was-was tetap ada di hati.

Saya tenangkan hati dengan memohon kepada Allah SWT agar saya dan isteri, bersama-sama dengan Dr.Rowi dan keluarganya, dapat berpeluang menyaksikan sekali lagi suasana menakjubkan gerhana penuh.

10 minit sebelum gerhana penuh.

10 minit ini merupakan sempadan waktu, di mana bak kata orang “Jangan usik apa-apa!”.

Saya telah membaca pengalaman pemerhati gerhana matahari lain, mereka sering katakan 10 minit adalah waktu kritikal. Segala setting yang dah dibuat, jangan diusik. Samada jadi atau tak jadi, berserah ajelah!

screen 2013-11-12 at 12.32.22 PM

Atas: Automation script yang dijanakan oleh perisian Solar Eclipse Maestro yang tidak berani diusik lagi!

Ini adalah kerana waktu itu, minda kita terpaksa memproses begitu banyak perkara sehingga akan memungkinkan kita melakukan kesilapan.

:-O

Suasana sekeliling sudah mula redup. Lebih banyak cahaya kekuningan berbanding tadi. Seolah-olah senja sudah menjelma.

Walhal baru je 45 minit selepas terbit matahari!

Menerusi mata, matahari tetap bersinar seperti biasa. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Namun, menerusi kamera, ia sudah semakin menipis.

1 minit sebelum gerhana penuh.

Ya Allah, tinggal 1 minit lagi. Langit sekeliling semakin gelap. Cahaya matahari pun kelihatan kurang silauannya berbanding biasa.

Saya perhatikan di sebelah kiri dari matahari, kelihatan langitnya lebih gelap berbanding sebelah kanan.

Adakah itu yang dikatakan sebagai Moon Shadow? Saya mengagak Ya, tapi belum berani nak confirm kerana tidak pernah alaminya secara live!

Di sebelah saya, Dr.Rowi sibuk sedang mengambil foto menerusi teleskopnya. Masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri. Tak sempat nak tegur sapa, atau bertanya soalan.

Kamera Canon 5DMkii saya gunakan untuk merakam Moon Shadow menggunakan lensa wide angle 14mm. Jari saya sibuk menekan-nekan butangnya. Berdoa agar hasilnya memuaskan hati.

30 saat

Ketika ini, mata saya terus tumpukan ke arah matahari. Saya mahu saksikan fenomena Diamond Ring dengan mata kepala sendiri. Kali terakhir yang saya saksikan di Turki pada tahun 2006 lalu pun masih terngiang-ngiang dalam kepala.

Saya arahkan isteri saya untuk terus merakam suasana sekelling menggunakan iPhonenya. Saya tak mahu lepaskan sebarang peluang untuk merakam suasana persekitaran, kerana itu pun merupakan satu maklumat penting yang boleh dikongsi apabila balik ke Malaysia nanti.

screen 2013-11-12 at 3.27.48 PMAtas: Separuh langit, bermula dari sebelah kiri matahari mula gelap.

Saat yang dinantikan bermula!

Orang sekeliling mula riuh rendah.

Matahari mula semakin malap.

Bayang-bayang yang berada di sebelah kiri matahari sudah mula ‘bergerak’ di tengah-tengah. Memang betul, itulah Moon Shadow.

IMG_8192Atas: Beberapa saat sebelum kegelapan total. Langit kelihatan mendung.

Langit mula redup gelap, seperti waktu Maghrib.

Ufuk langit di timur (bawah matahari), mula kemerahan-merahan.

Perisian saya tadi, mula memberi arahan untuk buka penapis matahari di teleskop. Saya pun bergegas membuka penapis pada teleskop Skywatcher saya tu.

Tak lama lepas tu… ia pun muncul!

Diamond Ring!

Bentuk yang paling indah yang dapat dilihat dalam mana-mana fenomena astronomi pun. Sebuah cincin berlian yang menyinari, seolah-olah bersiap sedia untuk disarungkan kepada jari pasangan pengantin!

Sambil mata saya tak puas melihat diamong ring itu, dengan tiba-tiba hilang terus cahaya matahari!

Gerhana Penuh dah bermula!

Dan saya boleh katakan, gerhana ini lebih mengkagumkan berbanding gerhana yang saya alami di Turki! Jantung saya seolah-olah terhenti sebentar!

Disebabkan matahari berada hanya 13 darjah di atas ufuk, ia kelihatan amat besar!

Bayangkanlah, sebuah bebola hitam yang dikelilingi oleh cahaya putih, terapung-apung di atas pokok-pokok dan banjaran bukit di timur!

loweclipseAtas: “Bebola hitam” yang terapung-apung di langit!

Ia merupakan sesuatu yang sukar digambar menerusi tulisan mahupun gambar. Hanya dengan menyaksikan dengan mata sendiri, kita akan dapat benar-benar faham suasananya.

Isteri saya pun agak terkejut melihatnya.

Saya cuba perhatikan bintang-bintang di langit. Kelihatan Zuhrah terang di sebelah atas-kiri dari matahari. Saya cuba mencari Zuhal di antaranya dan matahari, rasanya macam boleh nampak tetapi saya tak boleh nak confirm-kan.

Saya pandang ke barat. Kelihatan jelas bintang Sirius sedang bersinar terang.

Disebabkan gerhana ini pendek, iaitu hanya 1 minit 40 saat sahaja, saya tak sempat nak mencari lebih lama bintang-bintang lain di langit.

Kamera-kamera saya terus berbunyi ‘klik-klik’, menunjukkan bahawa perisian gerhana tu sedang memberi arahan yang sepatutnya. Alhamdulillah.

Di sekitar, orang ramai sibuk sedang menghayati suasana gerhana itu. Tidak ada yang terpekik terlolong atau menjerit-jerit. Semuanya sopan dan tenang.

IMG_8236Atas : Juga kelihatan deretan kenderaan yang diberhentikan oleh pihak polis sepanjang gerhana penuh ini.

Lebih kurang 50 saat selepas bermulanya gerhana tadi, tiba-tiba mata saya tertumpu ke arah kamera saya yang satu lagi.

Ya Allah! Saya terlupa nak buka penapis matahari untuk kamera tu!

Kelam kabut saya mencabutnya. Terasa jantung bagai nak luruh. Habislah hilang separuh daripada rakaman menerusi kamera itu! Bagai nak menitik air mata apabila mengenangkan betapa ruginya.

IMG_9215Atas: Antara foto yang berjaya dirakam menerusi kamera yang terlupa nak dibuka penapis mataharinya!

Namun begitu, apa yang dah berlaku biarkan aja. Masih ada berbaki 2,3 kamera lain yang sedang merakam. Mudah-mudahan ada hasil yang baik dari kamera-kamera tersebut (ayat penyedap hati)

Kemudian, sepantas ia bermula, sepantas itulah ia berakhir.

Dengan tidak terlewat atau terawal sesaat pun, gerhana penuh pun tamat. Cahaya matahari mula menyilau mata, menghilangkan terus bentuk jasad hitam bulan dan sedang menutupi 99% lagi jasad matahari.

Gerhana telah tamat.

1 minit 40 saat yang cukup pantas rasanya.

Hasil Tangkapan.

Saat-saat selepas tamat gerhana, semuanya rileks. Dr.Rowi pun mengatakan gerhana ini terlalu cepat untuk benar-benar dihayati.

Namun, kami semua bersyukur kerana keputusan kami untuk ke Mareeba membuahkan hasil. Sebelum ke sini, kami telah buah beberapa analisis keadaan. Jika kami tetap di persisiran pantai sekitar Cairns, kami akan dapat lihat gerhana selama 2 minit. Namun, risikonya ialah cuaca berawan dan mungkin tak nampak. Jika di Mareeba, kami akan kehilangan 20 saat gerhana, dan hanya dapat lihat selama 1 minit 40 saat, tetapi kelebihannnya cuaca diramalkan jauh lebih baik.

Alhamdulillah, rezeki kurniaanNYA telah memberi kami peluang menjadi saksi first-hand kepada fenomena langit yang paling menakjubkan.

Kemudian, bak kata orang “the moment of truth” . Adakah sebarang hasil daripada tangkapan kamera yang dipasang ke komputer tadi?

Saya pun dengan terketar-ketar memasang preview pada kamera.

Hati saya begitu bersyukur dan gembira melihat hasil yang dirakam! Hampir sempurna kesemuanya! Segala fasa ketika saat-saat sebelum, semasa dan selepas gerhana penuh dapat dirakam.

IMG_2183Atas: Preview pada kamera yang menunjukkan suasana Diamond Ring!

Corona, cahaya putih yang berlingkar di sekeliling bulan, jelas dirakam. Hemburan api, prominence, turut jelas kelihatan.

screen 2013-11-12 at 1.18.48 PMAtas: Corona matahari yang jelas kelihatan

Syukur Alhamdulillah!

IMG_8163Atas: Saat-saat munculnya diamond ring. 

IMG_8169Atas: Fasa Gerhana Penuh Matahari. Perhatikan silauan cahaya dari bahagian Corona matahari.

IMG_8172Atas: Waktu dedahan yang pendek membolehkan rakaman bahagian pancuran api, atau prominence di sisi tepi bulan.

prominenceAtas: Sekumpulan lagi prominence yang mula kelihatan menjelang tamat fasa gerhana penuh.

IMG_8197Atas: Corona dan Prominence kelihatan serentak di dalam satu frame gambar.

Saya pun beralih ke kamera yang dirancang untuk merakam Moon Shadow. Hasilnya pun cukup  memuaskan hati saya.

IMG_8223Atas: Moon shadow, bayang-bayang bulan berbentuk kon yang jatuh ke bumi Mareeba ketika gerhana.

IMG_8226Atas: Suasana beberapa saat selepas munculnya kembali matahari. 

Boleh dikatakan, untuk trip kali ini, ia merupakan trip yang paling banyak dapat hasil astrofotonya!

Dr.Rowi pun berjaya merakam suasana gerhana menerusi kameranya. Kami berdua senyum lebar. Mission accomplished!

IMG_2169Atas: Posing sikit selepas selesai tugas!

Ketika sedang berborak-borak sambil menunggu sentuhan terakhir gerhana, datang sebuah keluarga rakyat Australia. Mereka rasa terkejut dengan peralatan yang kami bawa bersama-sama untuk rakaman gerhana ini.

Nak kata canggih, tak ada la sangat, setakat biasa-biasa aja!

Dan apabila saya tunjukkan foto rakaman gerhana itu, mereka benar-benar teruja dan seronok. Malah mereka mohon agar saya emailkan salinan foto itu kepada mereka!

IMG_8251Atas: Walaupun dalam keadaan silau, famili dari Australia ini tetap mahu melihat rakaman foto gerhana yang diambil.

IMG_8253Atas: Saya sedang menceritakan bagaimana saya boleh terlupa hendak buka salah satu penapis matahari di salah sebuah kamera!

IMG_8261Atas: Bergambar kenang-kenangan.

Begitulah hebatnya kuasa Allah SWT. Dengan hanya sebuah fenomena langit, orang yang kita tak kenal, berlainan negara, boleh bersatu berkongsi pengalaman dan keterujaan.

Sambil menyimpan peralatan teleskop dan kamera, saya dan Dr.Rowi sibuk berangan-angan memasang perancangan untuk gerahana seterusnya. Saya telah bersama dengan beliau untuk trip 2006 di Turki, dan 2009 di China. Ini merupakan trip kami bersama yang ketiga dan paling berjaya.

IMG_8233Atas: Foto kumpulan kecil dari Malaysia yang mencerap di Mareeba. (Dari kiri: Mardiana, Shahrin, Din, Dr.Rowi, Helmi)

Mudahan-mudahan ada rezeki lagi di tahun-tahun lain.

Semoga catatan ringkas Trip Gerhana Matahari Penuh ini dapat memberi sedikit sebanyak memberi manfaat dan semangat untuk anda turut sama berusaha mencari jalan, menyaksikan sendiri fenomena langit yang paling menakjubkan ini.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah SWT), bagi orang-orang yang berakal” Ali-Imran:190

TSE14nov2013-3rdContactAtas: Foto fasa Gerhana Matahari Penuh, hasil gabungan beberapa buah exposure berlainan.

…TAPI ADA LAGI

Catatan ini hanya separuh sahaja daripada pengembaraan saya bersama isteri di benua Australia ini.

InsyaAllah saya akan sambungkan untuk bahagian kedua, yang mana kami telah melawat ke bandar Coonabarabran, untuk mengikuti sebuah Star Party yang cukup menakjubkan, serta lawatan ekslusif kami di dalam balaicerap-balaicerap (kata jamak ni!) yang ada di pusat kajian astronomi terulung di Australia, iaitu Siding Spring Observatory!

Tunggu…

2p3metre telescope

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...