Tips: Gunalah bintang-bintang Orion untuk tahu had penglihatan langit kawasan anda

Seringkali saya gunakan di dalam posting saya sebelum ini, perkataan “magnitud”.

Magnitud itu sebenarnya hanyalah sejenis skala untuk mengukur kecerahan sesuatu objek di langit, seperti bintang, planet, bulan dan lain-lain.

Bayangkan ia sebagai skala yang sama seperti centimeter, milimeter, kilometer, yang kita belajar di bangku sekolah.

Dalam kes objek di langit, kita memanggilnya sebagai magnitud. Tapi ada satu kelainan sikit daripada sudut cara kita fahaminya.

Cuba lihat contoh ini.

Objek magnitude = 1 LEBIH CERAH berbanding objek magnitude = 2

Objek magnitude = -4 LEBIH CERAH berbanding objek magnitude = 0

Objek magnitude = 2 LEBIH CERAH berbanding objek magnitude = 4

Nampak tak kaitannnya?

Lebih KECIL nombor dalam skala magnitude, ia membawa maksud objek itu LEBIH CERAH bersinar di langit.

Kalau anda dapat faham ayat di atas itu pun dah cukup!

apparent-magnitude-scale

Ok, apabila kita sudah faham maksud nombor-nombor di dalam skala magnitude itu, cuba kita lihat contoh-contohnya.

Matahari = magnitude -26.74 (Negatif 26.74)

Bulan = magnitude -12.5 (Negatif 12.5)

Planet Zuhrah = magntiude -4.4 (Negatif)

Planet Musytari = magnitude -2.6 (Negatif)

Sirius (bintang paling cerah di langit) = -1.46 (Negatif)

Objek-objek di atas merupakan antara yang paling terang di langit, dan selalu kita lihat di langit. Oleh itu, anda mungkin sudah mula boleh dapat membayangkan kecerahannya.

Bagaimana pula dengan bintang-bintang lain di langit?

Ia mula semakin pudar, dan skala/nombor magnitud-nya semakin besar.

Untuk artikel ini, saya akan menggunakan buruj Orion sebagai contoh. Memandangkan buruj ini sudah mula muncul di langit sebelum tengah malam (dan akan terbit semakin awal setiap hari), dan juga hampir semua daripada kita kenal buruj Orion ini, maka logiklah kita menggunakannya sebagai panduan.

Berpandukan rajah-rajah di bawah (simulasi dari Sky Safari pro), cuba bandingkan JUMLAH bintang-bintang di buruj Orion yang kelihatan dengan mata anda.

Nota: Rajah Orion ini sesuai digunakan sekitar jam 10 malam hingga 1 pagi

Sebagai contoh jika anda dapat lihat buruj Orion seperti dalam rajah 1, maknanya langit di kawasan anda itu hanya boleh mampu melihat bintang-bintang ke tahap skala magnitud 2 sahaja! (Ini kes teruk, dan selalunya di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, yang mana terlampau banyak gangguan cahaya!)

Jika anda dapat lihat seperti rajah 5, maknanya kawasan langit anda amat cantik dan had magnitud di situ adalah sekitar 6.5 . Ini bermaksud anda berpeluang melihat lebih banyak objek di langit apabila menggunakan mata.

Harus ingat, panduan ini adalah apabila kita menggunakan MATA SAHAJA. Jika anda menggunakan teleskop, jumlah objek yang dapat dilihat akan menjadi lebih banyak.

Jom, kita cuba belajar skala magnitud ini (dengan menggunakan Orion sebagai panduan). Jika anda semakin mahir dengannya, maka lebih mudahlah anda faham apabila saya sebut-sebut perkataan seperti ” Komet sifulan-sifulan ini sedang menyinar pada magnitud 5..”

mag2

Rajah 1 (Atas): Had magnitud 2

mag3

Rajah 2 (Atas): Had magnitud 3

mag4

Rajah 3 (Atas): Had magnitud 4

mag5

Rajah 4 (Atas): Had magnitud 5

mag6.5

Rajah 5 (Atas): Had magnitude 6.5

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...