shahgazer

Kenali Teleskop Anda – Siri 1

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Artikel Kenali Teleskop Anda, merupakan satu koleksi siri-siri artikel yang akan memberi tumpuan kepada persoalan berkenaan teleskop. Di hujung siri ini adalah diharapkan agar dapat membantu anda memilih teleskop yang sesuai untuk kegunaan sendiri.

Saya menulis siri ini kerana ramai yang bertanya soalan berkenaan teleskop mana yang sesuai nak beli, harga dan sebagainya. Untuk menjawab soalan itu bukanlah mudah dan straightfoward. Saya rasa perlu ada kefahaman dulu berkenaan fungsi dan kelebihan sesebuah teleskop, sebelum memberi jawapan.

Lagi pun, saya masih rasakan medium facebook merupakan suatu medium yang amat susah untuk menjelaskan sesuatu, selain daripada maklumat begitu mudah ‘hilang ditelan masa’ dan susah untuk dicari kembali.

Siri ini akan dipecah-pecah kepada beberapa siri pendek, bagi mengelak ia menjadi terlalu panjang dan memeningkan kepala.

Ok jom kita mula!

Komponen Teleskop

Sebuah sistem teleskop terdiri daripada 2 buah komponen paling asas

  1. OTA = Optical Tube Assembly = Bahagian panjang yang mengandungi kanta atau cermin
  2. Mount = Kaki teleskop = bahagian yang memegang OTA

telescope-10

OTA

Bahagian OTA mempunyai 2 perkara yang penting kena faham

1. Saiz kanta atau cermin (Apeture).

Selalunya disebut dalam nilai mm atau inci. Contoh: Teleskop bersaiz 60mm, atau teleskop bersaiz 4.5 inci (atau selalunya ditulis seperti 4.5″ )

Maka, kalau nak beli teleskop dan si penjual tu tanya berapa aperture yang diinginkan, maksudnya ialah saiz kanta/cermin teleskop tersebut.

300px-Astrophoto-Refractor-Aperture

Contoh saiz aperture sebuah telescope jenis refractor

 

2. Panjang OTA = Focal Length

Ini sebenarnya merujuk kepada Focal Length iaitu jarak titik fokus di mana cahaya yang pertama kali masuk merentasi kanta (atau dibalikkan oleh cermin) hinggalah cahaya itu difokuskan menjadi satu imej

Cahaya akhir yang difokus ini akan DIBESARKAN oleh satu lagi komponen yang dipanggil Kanta Mata atau Eyepiece.

(Ini semua dah belajar masa sekolah menengah!. Cuba tengok balik buku teks tu) 😉

Pasted_Image_4_10_14__11_05_AM

Mount

Mount atau tripod teleskop atau satu lagi istilah yang jarang disebut iaitu pelekap teleskop , merupakan kaki yang memegang OTA itu tadi. Bentuk standard-nya ialah berkaki tiga (seperti tripod kamera)

Mount ini fungsi asasnya memberi tapak yang kukuh untuk memegang teleskop. Tangan kita merupakan satu contoh mount yang paling TAK STABIL! Bayangkanlah kita cuba melihat sesuatu yang jauh menerusi teleskop yang dipegang dengan tangan! Saya boleh jamin, adalah MUSTAHIL untuk melihat apa-apa di dalamnya kerana imej yang terhasil tu bergoyang-goyang mengikut rentak goyang tangan kita!

Pasted_Image_4_10_14__11_07_AM

Itulah sebabnya secanggih mana teleskop yang kita beli, tetapi jika mount-nya itu tak kukuh, ia akan menjadi set teleskop yang tak berguna!

Bentuk Mount juga boleh dibahagikan kepada

1. Jenis Altazimuth atau AltAz – jenis yang ada 2 paksi pergerakan, iaitu atas-bawah dan kiri-kanan.

Pasted_Image_4_10_14__11_11_AM

Contoh bentuk mount berjenis AltAz

2. Jenis Equatorial – jenis ini akan mempunyai satu paksi yang kekal hala ke poin titik utara, dan lagi satu paksi akan bergerak ikut pergerakan/laluan objek langit.

Pasted_Image_4_10_14__11_17_AM

Contoh jenis mount equatorial

 

Jenis Mount boleh dibahagi kepada

1. Manual (kena gerak sendiri)
2. Bermotor (boleh bergerak ikut pergerakan objek langit)
3. Berkomputer dan bermotor (boleh gerak ikut objek dan boleh mengira kedudukan objek langit secara automatik)

Perihal Bentuk Mount dan Jenis Mount di atas ni, kita akan bincang lebih lanjut pada siri akan datang.

Jenis Teleskop

Secara asas ada 2 jenis teleskop yang paling popular, jenis Refractor (pembias) dan Reflector (pembalik).

1. Refractor = Pembias = guna Kanta

Pasted_Image_4_10_14__11_49_AM

Teleskop jenis pembias (refractor)

Yang ini guna kanta. Selalunya bentuk teleskop ini panjang (macam style teropong Pirate Of The Carribean tu). Kantanya di depan, dan bahagian nak tengok atau eyepiece berada di belakang.

2. Reflector = Pembalik = guna Cermin

Yang ini guna cermin berbentuk parabolik. Bukan jenis cermin biasa yang boleh beli dekat kedai runcit Speed Mart tu…

9453944785

Cermin muka ini TIDAK BOLEH digunakan di teleskop jenis pembalik!

Cermin ini akan menumpukan cahaya ke titik fokus. Tetapi yang membezakan teleskop jenis ini dengan yang jenis refractor tadi tu ialah bahagian nak tengok  tu berada di DEPAN, manakala cerminnya berada di BELAKANG atau bahagian bawah OTA.

Pasted_Image_4_10_14__11_47_AM

Teleskop jenis pembalik (reflector)

Ada banyak jenis teleskop lain, seperti Catadioptric, Maksutov dan lain-lain, tetapi saya tak mahu bincang mengenainya lagi, takut ramai yang confuse dan cabut lari!

Bersambung Siri 2

  • Amirul Afif Muhamat

    Salam brader Shah..
    Kalau nak tengok ank bulan….teleskop jenis ape yg sesuai cth nye kalau kita di Australia…sebab tahun lepas, Alhamdulillah, saya boleh nampak hilal dengan naked eye….boleh beri cadangan,syukran….

    • shahgazer

      Wassalam. secara peribadi saya gemarkan jenis Refractor, dan yang mempunyai focal length pendek.. iaitu range antara F=500mm hingga F=700mm. Sebabnya field of view nya akan lebih luas, dan memudahkan kita melihat/mencari hilal di dalamnya.

      Langit Australia ni, memang bersih kat horizon, so senang sangat nak tengok hilal time tu.

  • Amirul Afif Muhamat

    Syukran brader Shah…

  • Aisyah

    As salam tuan
    Nak tanya, kat mana saya boleh beli teleskop?
    ada nama kedai tak?
    terima kasih