Marikh istiqbal menjelang Subuh esok 9 April 2014, jam 5 pagi

mars7apr2014-final-PI

Subuh esok, akhirnya Marikh berada di posisi Istiqbal.

Baca lebih lanjut berkenaan fenomena istiqbal ini di dalam artikel Siap sedia semua! Marikh sudah datang!

Kalau anda sering memerhatikan langit di sebelah waktu senja, terutama sekali selepas Isya’, ke arah ufuk timur, pasti anda akan terserempak dengan sebutir objek merah yang amat terang. Itulah planet Marikh.

Jika anda masih ingat, beberapa bulan yang lepas, ketika planet ini masih berada di langit sebelah Subuh, ia tidaklah seterang sekarang.

Kecerahan yang amat terang ini adalah kerana kedudukan planet Marikh yang kini berada paling hampir dengan Bumi. Malah, kecerahannya sekarang hampir SAMA dengan bintang tercerah di langit, Sirius.

Secara teknikalnya, kedudukan paling dekat antara Marikh dan Bumi pada kali ini jatuh pada 14/15 April nanti.

Saat ia berada tepat di kedudukan istiqbal pun sebenarnya pada jam 5 pagi, 9 April 2014 (Subuh esok) waktu Malaysia.

Foto di permulaan artikel ini dirakam dari sekitar kawasan Sri Damansara. Jelas kelihatan Marikh, bersama-sama dengan sebuah bintang kebiruan di kanan bawahnya, iaitu bintang Spica. Walaupun teruk pencemaran cahaya di sini (cahaya terang di bawah itu datangnya dari spotlight KLCC), Marikh tetap senang dilihat tanpa sebarang masalah.

Dengan menggunakan mata, dapatkah anda melihat perbezaan warna yang nyata antara keduanya?

Sekaranglah waktu-waktu yang terbaik untuk meneropong planet ini menerusi teleskop, kerana kita boleh lihat dengan jelas ‘tompok-tompok hitam’ di permukaannya, selain daripada kutub utara dan selatan yang berwarna putih.

Video di bawah merupakan rakaman yang saya sempat buat semalam, 7 April 2014.

Dan dibawah ialah hasil akhir setelah video ini diproses menggunakan pelbagai kaedah.mars7apr2014

 

 

Rujukan lain http://www.universetoday.com/110930/night-of-the-red-planet-mars-opposition-2014-coming-soon/

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...