Asteroid Vesta dan planet kerdil Ceres bertemu malam ini, 4 Julai 2014

8x10.ai

Rupa bentuk Ceres dan Vesta, yang dapat diamati menerusi Teleskop Angkasa Hubble. ©NASA

Malam nanti,  4 Julai 2014, bagi anda yang mempunyai teleskop berkomputer dan berkemampuan untuk menggunakan sistem kordinat langit (Right Ascension and Declination), sila halakan teleskop anda ke koordinat di bawah:

R.A. 13h 29m 58.9s
DEC -01d 41′ 16.7″

Kita akan berpeluang melihat conjunction 2 buah objek kecil, Vesta dan Ceres, yang berada pada kedudukan begitu hampir antara satu sama lain. Berdasarkan kiraan Sky Safari 4 Pro, ia akan berada pada jarak 11 arc minit sahaja! Ini hanya 1/3 daripada saiz bulan di langit.

screen 2014-07-04 at 11.27.35 AM

Paparan di atas menunjukkan pandangan menerusi sebuah teleskop yang panjang F=900mm, dan kamera 5DMkii. Jelas kedua-duanya boleh muat dalam satu view!

Ceres merupakan asteroid terbesar, sebelum ia dinaik-taraf dan dimasukkan ke dalam kumpulan Planet Kerdil.

Vesta sebelum ini merupakan asteroid ke-2 terbesar, tetapi kini ia mengambil alih tugas Ceres, dan memegang tampuk asteroid terbesar.

Kecerahan kedua-dua objek ini di luar kemampuan mata kasar. Kita memerlukan sekurang-kurangnya binocular untuk cuba mencarinya. Tetapi saya rasakan adalah lebih mudah jika kita menggunakan teleskop berkomputer untuk membantu mengarahkan ke lokasi langit yang betul.

Namun, jika anda mempunyai kamera, boleh juga cuba merakamnya. Rakan astronomi tempatan, Dr.Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Astromas, pernah merakamnya pada tahun 2010 lepas.

Rakaman Dr. Ridzuan pada tahun 2010 lepas. ©Astromas

Perhatikan (foto atas), kecerahan asteroid Vesta dengan bintang-bintang di langit. Walaupun tak begitu cerah, tetapi masih boleh merakamnya!

Namun, adalah mustahil untuk melihat bentuk kedua-dua objek ini, kerana ianya terlalu kecil dan jauh dari Bumi. Kita hanya akan nampaknya seperti bintang sahaja.

screen 2014-07-04 at 12.01.26 PM

Pandangan mata kasar, kedudukan Vesta dan Ceres, malam nanti, 4 Julai 2014

Rajah di atas menunjukkan lokasi secara kasar, kedua buah objek ini. Ia berada hampir dengan planet Marikh dan Spica. Paparan ini menunjukkan kawasan langit arah Barat, pada lebih kurang 1 1/2 jam selepas waktu Isya’. (atau 10 pm di Kuala Lumpur, 9 pm di Sabah).

Menariknya, ketika ini, misi angkasa Dawn, yang baru-baru ini melawat asteroid Vesta, kini dalam perjalanan menuju ke planet kerdil Ceres.

Selamat memburu!

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...