Bulan Penuh Perigee (atau Supermoon :-P ) sekali lagi, awal pagi 11 Ogos 2014

african-moonrise_lznp-4401

Gambar hiasan : Sumber

Sekali lagi Bulan penuh yang kita lihat setiap bulan tu, akan kelihatan LEBIH BESAR daripada kebiasaan, pada menjelang tengah malam 10 Ogos 2014 nanti.

Lebih popular dikenali sekarang sebagai supermoon, Bulan Penuh nanti akan menyaksikan ia kelihatan ‘agak besar’ berbanding bulan penuh lain sepanjang tahun 2014 ini, kerana pada saat itu ia berada pada kedudukan paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 356,896 km.

Istilah astronomi yang tepat untuk fenomena Bulan Penuh Terbesar ini ialah syzygy. Tapi ia mungkin tidak begitu popular di kalangan rakyat marhaen kerana bunyinya kurang nilai-nilai komersial kot.

Orbit

Untuk pemahaman semua, orbit Bulan ini tidaklah bulat. Ia berbentuk elips (lonjong sikit). Ada ketika ia dekat dengan Bumi, ada ketika ia jauh.

Rajah menunjukkan orbit bulan. Sumber

Ketika Bulan berada pada kedudukan PALING JAUH DEKAT dengan Bumi, istilah sainsnya ialah PERIGEE.

Ketika Bulan berada pada kedudukan PALING JAUH dengan Bumi, ia dipanggil APOGEE.

Ketika Bulan berada antara kedua-duanya, istilah yang saya panggil = TAK-BOLEH-GI   🙂

Fenomena Perigee dan Apogee ini boleh berlaku dalam mana-mana fasa Bulan (tak semestinya Bulan Penuh). Cuma paling menarik untuk melihatnya ialah ketika fasa Bulan Penuh kerana ketika itu bentuk bulan yang bulat memudahkan kita melihat kesan atau efek, besar dan kecil, saiznya.

Credit: timeanddate.com

Jika anda berminat untuk tahu tarikh-tarikh ketika Bulan berada paling jauh (apogee) dan paling dekat (perigee) untuk tahun-tahun tertentu, sila rujuk http://www.timeanddate.com/astronomy/moon/distance.html

Berulang

Bagi anda yang fikirkan fenomena ini PELIK, sabar dan selidik dulu. Rupa-rupanya, saat Bulan Penuh Perigee ini berulang setiap tahun. Untuk lebih tepat lagi, ia akan berulang SETIAP 1 TAHUN 1 BULAN 18 HARI.

Maka, janganlah nanti ada yang keluarkan statement seperti:

  • “Kejadian ini tidak pernah berlaku”,
  • ” Kejadian ini berlaku setiap 1000 tahun sekali”,
  • “Kejadian ini seumur hidup”

Belajar Berilmu.

Waktu tepat

Bagi yang berminat, saat Bulan berada betul-betul paling hampir dengan Bumi ialah pada jam 2 pagi 11 Ogos 2014. Tapi kalau malas nak tunggu, dan nak tengok ketika ia terbit pada maghrib hari Ahad nanti ni pun tak apa. Memang tak akan nampak apa-apa perbezaan pun.

Kesan

Apakah kesannya terhadap Bumi?

Kalau kita belajar fenomena pasang surut air laut, ia akan berkaitan dengan kedudukan Bulan di langit. Fenomena Bulan Penuh Perigee ini pun akan memberi kesan yang sama, iaitu air pasang.

Tetapi, tidak ada bukti kajian yang menunjukkan kesan graviti bulan tiba-tiba menjadi kuat dan menyebabkan porak peranda terhadap lapisan tektonik bumi, atau tsunami etc.

Efek graviti bulan dan matahari: Sumber

Nujum

Isitlah supermoon ini sebenarnya dipopularkan oleh seorang ahli ASTROLOGI (ahli nujum) bernama Richard Nolle. Dia menyatakan kesan supermoon ini akan mengakibatkan gunung berapi meletus, gempa bumi, dan segala macam bencana kemusnahan.

Namun, kalau kita tengok balik kalendar setiap 1 tahun 1 bulan 18 hari sebelum ini, tidak ada bukti yang menunjukkan kaitannya.

Lagipun, kenapa kita lebih taksubkan ramalan seorang ahli nujum? Come on lah!

YouTube Preview Image

Ambik Selfie

Fenomena ini, walaupun tidak membawa apa-apa kepentingan dari sudut saintifik, kita boleh gunakan peluang ini untuk menerangkan berkenaan orbit dan fasa bulan, kepada anak-anak kita, keluarga ataupun sahabat sekeliling.

Lebih menarik lagi, ambillah foto ketika Bulan mengambang ini sedang terbit pada malam 10 Ogos 2014 nanti. Nak lebih mencabar? Pasanglah monopod yang ada kat rumah tu dan ambik selfie dengan Bulan!  Pasti lawa dan lebih bermanfaat! 😉

Foto kreatif! Sumber: cnn ireport

Tapi awas! Jangan EDIT gambar tu! Tak aci!

Rujukan

 

 

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

Skip to toolbar