Komet 67P pada jarak 1000km!

Semalam, sebuah lagi foto Komet 67P mula dipancarkan kembali oleh probe angkasa Rosetta. Foto ini telah ‘meletup’ di kalangan ali profesional astronomi serta peminat astronomi amatur dunia di laman sosial twitter.

Cubalah lihat rupa bentuk komet ini. Cukup menakjubkan! Ia tidaklah rata dan daripada apa yang saya perhatikan di sini, permukaannya bertaburan dengan lekuk-lekuk dan ketulan-ketulan ‘batu’.

sfh_CG_1000km

Kamera OSIRIS yang merakam komet ini pada jarak 1000 km. Foto oleh ESA/Rosetta/MPS untuk OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/SSO/INTA/UPM/DASP/IDA

Foto ini dirakam pada jarak 1000km daripada permukaan komet ini. Jangan salah faham pulak, komet ini JAUH DARIPADA BUMI dan tidak akan melintasi kawasan bumi pun. Ketika ini ia komet ini berada pada jarak 404 JUTA km daripada Bumi.

1000km itu bermaksud jarak antara probe angkasa Rosetta dengan komet tersebut.

Gunalah utiliti “Where is Rosetta” ini untuk mendapatkan simulasi lokasi dan jarak terkini Komet 67P dan Rosetta.

screen 2014-08-03 at 10.15.32 AM

Daniel Scuka, ESA

Menurut Daniel Scuka (foto atas), pegawai sains dari misi ini, menerusi pos blog beliau, akan ada 2 lagi tujahan roket selepas ini, yang mana akhirnya ia akan membawa probe angkasa ini ‘parkir’ pada kedudukan hanya 100km sahaja dari permukaannya.

Saya amat teruja dan menantikan foto seterusnya. Apa yang pasti setiap hari selepas ini, kita akan dapat mempelajari perkara baru berkenaan evolusi sebuah komet, jasad yang diumpamakan seperti ‘peti sejuk’ yang telah menyimpan rahsia pembentukan sistem solar kita ini selama berbilion tahun lamanya!

InsyaAllah untuk berita-berita terkini yang semakin pantas dihebahkan nanti, ikuti twitter rasmi FalakOnline dan juga twitter peribadi saya ShahGazer.

Ada lagi satu.

Saintis Peranchis di Laboratoire d’Astrophysique de Marseille telah menghasilkan satu simulasi menarik yang menggambarkan ketibaan Rosetta di Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko ini pada 6 Ogos 2014 nanti!

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...