Lokasi Komet Jacques minggu ini 4 – 10 Ogos 2014

Bagi peminat dan penggiat astronomi tempatan yang dahagakan kemunculan komet-komet menarik, jangan lupa ketika ini ada beberapa buah komet yang agak cerah berada di langit. Artikel ini fokus kepada Komet C/2014 E2 Jacques.

Komet Jacques ini sekarang berada di langit Subuh, di kawasan langit timur dalam kawasan buruj Auriga. Ia sedang menyinar pada kecerahan yang agak tinggi, iaitu sekitar magnitud 6.5. Dalam kadar kecerahan ini ia amat mudah dilihat menerusi binokular.

Nota: Penulis sendiri belum berkesempatan untuk menjejaki komet ini kerana cuaca yang sentiasa tidak elok di waktu Subuh. Belum ada rezeki lagi.

Di bawah ialah paparan laluan Komet Jacques ini merentasi kawasan buruj Auriga. Sumber kiraan oleh perisian Sky Charts (CdC) ver 3.10, dengan data MPC terkini. Setiap tandaan itu ialah pada jam 6 pagi waktu Kuala Lumpur.

c2014-e2-jacques-wide

Medan pandangan 95 darjah

c2014-e2-jacques-narrow

Medan pandangan 10 darjah

Perhatikan juga 2 tarikh di bawah:

  • 7 Ogos: Komet ini berada dengan gugusan bintang NGC 1664 ( jarak 1d 30min)
  • 8 & 9 Ogos: Komet ini berada hampir dengan gugusan bintang NGC 1582 (jarak dalam lingkungan 1d 30 min)

 

screen 2014-08-05 at 9.16.15 AM

Jadual di atas menunjukkan koordinat RA dan DEC bagi Komet Jacques pada jam 6am (Kuala Lumpur). Perhatikan juga kedudukan altitudnya semakin tinggi dan memudahkan kita menjejakinya.

Beberapa orang penggiat astronomi telah merakam komet ini dengan cantiknya. Di antaranya ialah foto oleh Rolando Ligustri di bawah, yang menunjukkan komet ini sedang melintas sebuah kawasan langit yang dipenuhi kepulan nebula.

screen 2014-08-05 at 9.25.09 AM

Credit: Rolando Ligustri

 

Berdasarkan maklumat dari Seiichi Yoshida di laman web beliau, menunjukkan komet ini sedang berada di puncak kecerahannya dalam bulan Ogos ini, dan akan mula pudar selepas itu.

Graf kecerahan Komet Jacques Sumber

Apa pun, kita masih berpeluang untuk cuba menjejaki komet ini. Hubungilah balaicerap berdekatan atau agensi yang berkaitan, untuk cuba menggunakan mencerap komet yang agak cantik ini.

Nota: Artikel ini mungkin agak teknikal, namun saya impikan suatu hari nanti, lebih ramai peminat astronomi tempatan dapat memahami dan menerokai alam semesta pada tahap yang lebih tinggi dan setanding dengan peminat astronomi amatur dunia. Jom belajar!

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...