Ringkasan berita dunia astronomi minggu lepas (18-25 Ogos 2014)

Berikut merupakan antara berita-berita yang menarik perhatian saya sepanjang minggu lepas.

Dahagakan berita terkini dunia astronomi? Follow @FalakOnline di Twitter

Viral ‘Bulan Berkembar’ kembali

Secara tiba-tiba, ramai pula yang bertanya berkenaan kisah Marikh menjadi terang dan membentuk seperti Bulan tengah lama 27 Ogos nanti. Kisah yang berulang-ulang ini telah masuk tahun yang ke-11 !  Saya telah ulas panjang lebar menerusi artikel bertajuk  Wow! 27 Ogos 2014 ini Marikh akan jadi sebesar Bulan! Best nye! —> Ye ke?

Zuhrah dan Musytari (dan Bulan) bertemu

Bulan, Musytari dan Zuhal pada 23 Ogos 2014: ©shahgazer.net

Dua buah planet tercerah di langit, Zuhrah dan Musytari telah bertemu dan berhimpun di langit sebelah timur, selepas Subuh, pada 18 Ogos lepas. Walaupun kebanyakannya daripada langit di Malaysia berawan, ramai juga berjaya melihatnya beberapa hari sebelum dan selepas tarikh tersebut. Menjelang hujung minggu lepas, Bulan pula bergerak berhampiran kedua-dua buah planet ini, membentuk satu susunan cantik.

Rujuk posting di Page Facebook Falak Online untuk foto fenomena tersebut.

Terry Lovejoy menjumpai komet ke-5 beliau

Lovejoy-panel-marked-Terry-580x193

3 buah imej rakaman Terry Lovejoy menunjukkan pergerakan komet tersebut. Credit: Terry Lovejoy

Terry Lovejoy, seorang ahli astronomi amatur dari Brisbane, Australia, telah menemui sebuah komet baru, yang diberi nama C/2014 Q2(Lovejoy). Ini merupakan komet ke-5 beliau jumpa dan ia dijangka boleh dilihat dengan binokular menjelang hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015 nanti. Laman web UniverseToday ada menyiarkan berita penemuan beliau.

Ketulan meteor dicuri, dan dijumpai semula!

20-08-14-1-580x435

Meteorit Serooskerken di Musuem Sonnenborgh (Sumber: Sterrenwacht Sonnenborgh)

Sebuah meteorit dari Museum dan Balaicerap Serooskerken di Utrecht, Belanda yang telah dicuri pada Isnin, 18 Ogos 2014,  telah ditemui semula di dalam semak berhampiran dengan sebuah gelanggang tenis. Walaupun meteorit itu pecah, tetapi dikatakan ia masih lagi berguna untuk kajian dan boleh dipamerkan. Universe Today ada melaporkan berita ini.

Langit dari Gunung Bromo

Foto penggiat astronomi Malaysia, HuiChieh telah merakamkan sebuah foto star trails yang cukup menarik dari kawasan Gunung Bromo, di Indonesia, dan berjaya di pilih untuk dipaparkan sebagai Astronomy Picture of the Day

Selamat ulangtahun ke-8, Virtual Telescope Project

 

Gianluca Maci, pengendali laman web Virtual Telescope Project telah mengumumkan ulang tahun ke-8 projek beliau, yang mana telah memberi peluang kepada peminat astronomi meneroka angkasa menerusi teleskop yang dipancarkan secara online. Ikuti pandangan beliau di sini.

Foto terindah Komet Jacques melintasi Heart and Soul Nebula

Screen Shot 2014-08-25 at 10.27.17 AM

Damian Peach, astrofotographer tersohor masa kini telah merakam lintasan Komet Jacques di hadapan Heart and Soul Nebula, berhampiran dengan buruj Cassiopeia! Komet Jacques kini bersinar cerah di langit utara, dan mudah dilihat dengan Binokular di kawasan langit yang gelap.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...