Terkini! Marikh membesar seperti Bulan benar-benar berlaku semalam! – ye ke?

Pada tengah malam semalam, tepat jam 12.30 am, fenomena yang dikatakan “2 bulan” dan “Marikh membesar seperti bulan”  telah pun BERLAKU!

Di dalam laporan dari seluruh dunia, ramai peminat astronomi terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu!

“Saya sangkakan ia tipu, tetapi ia benar-benar berlaku!” ujar seorang peminat astronomi dari Kongostan.

“Saya bunyikan jam loceng tepat jam 12.30 malam, dan apabila lihat ke luar tingkap, suasana malam menjadi terang benderang kerana di sebelah bulan purnama, planet Marikh kelihatan begitu besar dan mengujakan” komen Ashley Andreas dari Hawaii.

mars_moon

Jika anda ingin tahu apakah sebenarnya berlaku, sila baca ke hujung artikel ini.

Of Course lah… ia TIDAK BERLAKU!

Jika anda termasuk di kalangan yang bangun dan bersusah-payah keluar rumah dan memandang langit pada jam 12.30 malam, sah anda telah tertipu dengan hoax berkenaan dengan “Bulan Berkembar”, “2 Bulan”, “Marikh sebesar bulan”

Semua penerangan dah dibuat dalam Wow! 27 Ogos 2014 ini Marikh akan jadi sebesar Bulan! Best nye! —> Ye ke?

Malah, pihak ANGKASA pun sudah keluarkan penafian

10649685_10203412119078274_8216436922697643690_n

Artikel ini hanya sebagai experiment untuk melihat berapa ramai yang BACA SAMPAI HABIS apa-apa artikel yang ditulis, dan bukan SEKADAR BACA TAJUK.

Zaman sekarang ni, semua nak kan maklumat dengan cepat dan pantas, tetapi ramai yang tak mahu membaca atau cuba memahami sesuatu terlebih dahulu. Saya rasakan dunia Astronomi ini antara mangsa yang paling teruk terkena ignorance seperti ini.

Masalahnya ialah ia bukan sekadar memberi masalah kepada diri sendiri, tetapi menyebabkan masyarakat menjadi kacau-bilau dan risau tak tentu arah!

Jika anda dah baca sampai sini, buat lah salah satu daripada di bawah:

  1. TAK PERLU KOMEN di Facebook, hanya LIKE sahaja.
  2. Kalau NAK komen juga di Facebook, letakkan perkataan “HOAX:” di permulaan ayat komen anda di FB, Contoh “HOAX: alamak aku nyaris terkena daaa”

Screen Shot 2014-08-27 at 9.44.23 AM

Semoga ‘fenomena’ ini dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran.  Selamat membaca!

Tambahan: Berdasarkan komen yang diberi di FB, saya dapati masih ada yang menuduh saya ‘gain popularity’ kerana pos ‘berita hoax’ ini. Walhal dia mungkin yang kurang faham tujuan sebenar artikel ini ditulis. Apa untungnya saya nak buat cerita bohong semata-mata nak ‘tambah bandwidth’ ke website ni. Yang susah saya jugak.

Maka, renungilah dahulu tujuan sebenar artikel ini, sebelum tuduh saya yang bukan-bukan. Isu ini bukan remeh kerana melibatkan cara masyarakat kita menerima berita hoax, dan apa yang dilakukan selepas itu.. terus share ke, atau terus bertanya dulu ke… itulah yang akan menunjukkan kematangan masyarakat kita.

Dulu, saya dihentam dengan kes “3 hari bergelap” kemudian dihentam lagi tentang “kiamat 2012”, kemudian dihentam lagi tentang “komet ISON”. Walhal berita yang tersebar ketika itu telah mengharu-birukan masyarakat sana sini.

Saya dah berikan yang terbaik dalam penerangan berdasarkan fakta dan rujukan yang semua boleh baca sendiri. Kita boleh nilai sendiri mana fakta atau auta.

#senyum

Nota: Artikel ini adalah inspirasi daripada usaha INI.

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

  • legenda

    apa lagi tido dulu lepas tu buat solat sunat..x kisah la hoax kan