6 Sep 2014 – International Observe The Moon Night

InOMN logo-transparent

Pada hari Sabtu ini, 6 Sep 2014, merupakan International Observe the Moon Night (InOMN) . Ia merupakan sebuah program tahunan bertujuan untuk menggalakan orang ramai melihat ke atas dan memerhati jiran terdekat kita, iaitu Bulan.

Samada menggunakan mata kasar mahupun teleskop, seluruh peminat astronomi dunia akan sama-sama menyambut dan mencerap objek paling cerah di langit waktu malam ini.

Bagi anda yang mempunyai teleskop, jom keluarkan teleskop itu dari almari berkunci atau kotak yang masih bersalutkan plastik itu, dan halakan ke arah Bulan. Rasanya tiada masalah langsung untuk membidik bulan menggunakan teleskop, kerana ia teramat besar dan terang.

Tunjukkan kepada keluarga dan sahabat handai, serta jiran sekampung, keindahan Bulan di langit.

Bulan sebenarnya cukup besar di langit, hinggakan mata kasar pun dah membolehkan anda melihat beberapa bentuk di permukaannya.

moon jupiter 10 mar 2014

Keadaan Bulan apabila dilihat dengan mata kasar © shahgazer.net

Apabila anda menggunakan teleskop berkuasa rendah, semakin banyak bentuk-bentuk permukaan akan mula kelihatan

MOON_LIGHT_1-125s_400iso_+38c_5189stdev_20130916-23h14m48s687ms

Bulan menerusi teleskop berkuasa rendah. ©shahgazer.net

Dan apabila anda mula menggunakan kuasa pembesaran lebih tinggi atau teleskop yang lebih besar, resolusi akan semakin bertambah, dan anda akan berasa seolah-olah terbang di atas permukaan bulan!

moon11nov2013+42lat+2lon

Bulan menerusi kuasa pembesaran lebih tinggi. ©shahgazer.net

mons-bradley-2sep2014-2300MYT-F4100mm-img132e

Antara kawasan pergunungan di Bulan. ©shahgazer.net

Oleh itu, jom jangan lepaskan peluang untuk sama-sama meneropong ke Bulan, dan melihat keajaiban sebuah dunia lain bersebelahan dengan bumi ini!

 

 

 

 

 

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

Skip to toolbar