Ringkasan berita dunia astronomi minggu lepas (26 Ogos – 1 Sep 2014)

Sekali lagi kita imbas sekali apa yang menarik telah berlaku dalam dunia astronomi sepanjang minggu lepas.

Sebuah exoplanet paling hampir dengan bumi dijumpai.

Lakaran artis sebuah exoplanet mengelilingi sebuah bintang kerdil merah. Drawing by NASA, ESA, and D. Aguilar (Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics)

Sebuah lagi exoplanet (planet yang mengelilingi bintang lain selain daripada matahari) telah ditemui di mengorbit sebuah bintang bernama Gliese 15. Walaupun sebelum ini sudah beratus-ratus buah exoplanet dijumpai, apa yang menarik kali ini ialah jarak bintang ini ialah hanya pada 11.7 tahun cahaya sahaja.

Ini meletakkannya sebagai exoplanet yang paling hampir ditemui setakat hari ini.

Ikuti laporan oleh Phil Plait di sini.

5 tapak pendaratan Philae dikenalpasti.

5 kawasan berpotensi untuk mendaratkan Philae . ESA / Rosetta / CNES

Emily Lakdawalla melaporkan menerusi blog beliau di laman web Planetary Society, 5 tapat pendaratan telah dikenalpasti untuk misi menghantar prob Philae ke atas permukaan Komet 67P Churyumov-Gerasimenko.

Pendaratan ini akan dilakukan pada bulan November 2014 nanti, dan dijangka akan memberi gambaran lebih jelas mengenai permukaan sebuah komet.

Laporan lengkap di SINI.

Awan yang terbentuk daripada molukel air ditemui 7 tahun cahaya dari bumi

Lakaran artis menggambarkan sebuah brown dwarf.  ROB GIZIS, CUNY BMCC 

Saintis telah menemui kesan-kesan molekul air di dalam bentuk awan, 7.3 tahun cahaya sahaja dari bumi. Jika penemuan ini disahkan tepat, ini merupakan kali pertama air ditemui di kawasan luar daripada sistem suria kita.

Ia ditemui di dalam sebuah objek WISE J08550-0715, sebuah brown dwarf atau ‘bintang yang gagal’. Objek ini tidak cukup jisim untuk menghasilkan reaksi nuklear yang diperlukan oleh sebuah bintang, lalu ia terus pudar dan menyejuk. Suhunya di bawah paras beku air, tetapi masih lebih ‘panas’ berbanding Musytari.

Ikuti laporan di SINI.

Jarak gugusan bintang The Seven Sisters diperbaharui.

Kiraan terbaru meletakkan jarak gugusan Seven Sisters pada kedudukan 443 tahun cahaya dari bumi. (NASA/ESA/AURA/Caltech/Palomar Observatory)

Ahli astronomi telah memberi jarak baru terhadap gugusan bintang Seven Sisters yang terletak di dalam buruj Taurus. Sebelum ini ia dikatakan terletak pada jarak 390 tahun cahaya, namun kiraan terbaru meletakknya pada 443 tahun cahaya.

Kiraan ini pun masih diperdebatkan, kerana metod kiraan yang dibuat untuk mengukur jarak bintang-bintang di langit, masih banyak berbeza antara satu sama lain.

Perbincangannya boleh dirujuk di SINI.

India bakal menjadi negara terbaru meneroka planet Marikh

Mars Orbiter Mission (MOM) kepunyaan India, akan memasuki orbit planet Marikh pada 24 September 2014 nanti, selepas 10 bulan perjalanan dari Bumi. Kredit ISRO

Misi angkasa bernama Mars Orbiter Mission atau MOM, yang dilancarkan oleh Indian Space Reseach Organization (ISRO), bakal meletakkan negara India sebagai ahli terbaru negara-negara yang menerokai planet Marikh.

Ia dijangkakan akan memasuki orbit Marikh pada 24 Sep 2014 nanti, dan bakal menjadikannya misi antara-planet pertama untuk negara tersebut!

Ken Kremer dari Universe Today melaporkan.

Time lapse terbaru dari langit Australia.

Langit sebelah selatan, terutama dari negara Australia, sentiasa menyajikan pandangan yang menakjubkan.

Ahli astrofotografi Alex Cherney, telah menangkap visual yang mengkagumkan ini menerusi koleksi video beliau di atas.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...