Video gunung berapi Tavurvur yang meletus depan mata!

Screen Shot 2014-09-07 at 2.40.22 PM

Sedutan daripada video letupan Gunung Tavurvur

Video ini cukup menakjubkan! Ia merupakan rakaman sebuah gunung berapi bernama Mount Tavurvur, di Papua New Guinea yang tiba-tiba meletup ketika rakaman dibuat.

Rakaman ini dibuat oleh pelancung dari Australia, Phil McNamara, yang memang bercadang untuk meninjau kawasan gunung berapi tersebut.

Paling menarik ialah bagaimana ketika saat ia baru sahaja meletup, shockwave jelas kelihatan merebak ke sekelilingnya. Pecutan shockwave yang laju itu menyebabkan udara di keliling gunung berapi ini tiba-tiba dimampatkan, dan menyebabkan ‘awan’ baru terbentuk di laluannya!

Kita boleh lihat juga begitu banyak batu-bata dan tanah yang tercampak ke udara lalu jatuh kembali ke bumi selepas itu.

Phil Blait telah membuat kiraan di blog beliau, yang menganggarkan pelancong itu berada sejauh 4 km daripada gunung berapi tersebut.

Gunung berapi Tavurvur ini sudah lama aktif, malah letupan pada 1994 telah menyebabkan bandar berdekatan, Rabaul, ditimbuni oleh abunya!

Foto di bawah menunjukkan kesan abu disekitar kawasan gunung ini.

Foto oleh Jesse Allen, menggunakan data dati satelit Landsat kepunyaan U.S. Geological Survey.

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...