Hari ke-2 Philae – apa ceritanya?

Masuk hari ke-2 pendaratan Philae di permukaan Komet 67P, berikut merupakan antara poin penting berdasarkan laporan daripada pihak ESA semasa sidang akhbar semalam (tengah malam tadi waktu Malaysia):

  • ESA belum dapat pastikan lokasi sebenar di mana Philae telah mendarat.
  • Selepas lantunan pertama, Philae telah melantun kembali pada kelajuan 38cm sesaat, berbanding ketika ia mula-mula menghentam pada kelajuan 1 meter sesaat.
  • Mereka (ESA) mengesan Philae berputar-putar selama 2 jam selepas lantunan pertama, dan selepas itu ia berhenti berputar.
  • Isyarat hilang selama 30 minit selepas Philae akhirnya mendarat dengan stabil.
  • Panel solar Philae hanya menerima 1.5 jam cahaya matahari sahaja (bagi setiap 12-jam putaran komet atas paksinya). Amat sedikit dan memungkinkan baterinya akan hilang kuasa lebih awal.
  • Laporan awal yang menyatakan panel solarnya rosak adalah tidak benar.

Petang semalam, Astro Awani telah menemubual saya berkenaan dengan pendaratan Philae, dan mereka telah menyediakan sebuah ringkasan berita yang amat baik.

Kembali ke tajuk, disebabkan Philae melantun sebanyak 2 kali, ia tidak mendarat di lokasi yang ditetapkan. ESA masih lagi belum dapat tentukan titik lokasi sebenar buat masa ini.

Lantunan pertama telah membawa Philae melonjak ke atas sejauh 1 km!  Ini bersamaan 2.2 kali lebih tinggi dari Menara Berkembar Petronas!! 

tumblr_inline_nezr23nKIt1qmtbvo

Tandaan merah menunjukkan lokasi yang dirancang, namun sekarang dipercayai mendarat di dalam kawasan tandaan biru. Kredit: ESA

Sebelum ia melantun, salah sebuah kamera Philae, telah merakam permukaan Komet 67P pada jarak 40 meter sahaja! Kelihatan di sebelah atas foto tersebut, sebuah batu sebesar 5 meter, selain daripada keadaan permukaan yang penuhi dengan debu bersaiz dari millimeter hinggalah ke meter.

tumblr_inline_nezr3sAlvJ1qmtbvo

Rakaman dari kamera ROLIS pada jarak 40 meter sahaja! Credit: ESA / Rosetta / Philae / ROLIS / DLR

Dah akhirnya, foto yang saya (dan semua orang) tunggu-tunggukan, pandangan pertama di sekeliling kawasan pendaratan Philae.

Welcome_to_a_comet_node_full_image_2

 

Subhanallah!

Saya cukup teruja melihat foto ini. Ini merupakan permukaan sebuah komet yang tidak mungkin pernah terusik sejak jutaan malah bilion tahun. Pandangan awal menunjukkan ia seperti sebuah cerun bukit yang berbatu-bata.

Tetapi ada yang pelik sikit dengan foto ini. Orientasinya agak mengelirukan.

Rupa-rupanya, menurut jurutera dan saintis ESA, robot Philae ini tidaklah mendarat sempurna di atas ketiga-tiga kakinya. Dipercayai ia senget 30 darjah, yang mana salah satu daripada kakinya menghala ke langit!

Tonggang terbalik bro kita ni!

tumblr_inline_nezqzaUjdL1qmtbvo

Foto timelapse ini menunjukkan Philae ketika ia mula berpisah daripada Rosetta, antara jam 10:24 hingga 14:24 pada 12 Nov 2014 lepas. Foto-foto dirakam setiap sejam. Credit: ESA/Rosetta/MPS for OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/SSO/INTA/UPM/DASP/IDA

Di bawah menunjukka panorama 360 darjah sekeliling Philae, beserta dengan lukisan menunjukkan kedudukan Philae yang sedang ‘terbaring di sisi’

philae_panoramic_annotated.jpg.CROP.original-original

Photo by ESA/Rosetta/Philae/CIVA

Emily Lakdawalla ada menyediakan sebuah lagi versi gambar di atas, dan turut membuat beberapa tandaan bagi memudahkan kita faham.

tumblr_inline_nezr5wEAWx1qmtbvo

ÇIVA’s view around Philae (annotated) Credit: ESA / Rosetta / Philae / ÇIVA / annotated by Emily Lakdawalla

Secara umumnya, memang Philae telah pun mendarat dan sedang menghantar data-data kembali ke bumi. Cuma yang merisaukan ialah orientasi sengetnya, serta lokasinya di kawasan yang amat berbatu dan juga besar kemungkinan tersangkut dalam sebuah kawah. Ini mungkin akan memberi kesan terhadap pencerapan jangka panjangnya nanti.

Apa-apa pun, kita tunggu lagi beritanya selepas ini.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *