Philae mendarat juga akhirnya… tapi masih belum selamat!

Philae mendarat juga akhirnya… tapi masih belum selamat!

 

Tepat jam 12.03 tengah malam tadi waktu Malaysia, robot Philae telah mendarat di atas permukaan sebuah komet, menandakan satu lagi sejarah besar dunia penerokaan angkasa lepas.

Tapi tidak semuanya berjalan lancar.

Apabila isyarat telemetri diterima pada permulaannya, saintis mendapat Philae masih lagi bergerak-gerak. Ini menandakan ia tidak terikat pada permukaan komet seperti mana yang dirancangkan.

 

Namun, beberapa jam selepas itu, saintis dan jurutera di pusat kawalan ESA, telah dapat mengenalpasti apa yang berlaku. Rupa-rupanya Philae bukan sahaja mendarat, tetapi ia telah melantun-lantun sebanyak 3 kali!

Alat penyangkuk (harpoon) yang sepatutnya dilancarkan tidak berfungsi seperti yang dirancang. Namun, pada ketika ini Philae sudah berada di permukaan komet dengan selamatnya.

Berdasarkan pemerhatian saya di twitter, ada ura-ura untuk melepaskan cangkuk itu sekali lagi, supaya Philae diikat dengan kemas pada permukaann Komet 67P. Jika tidak, dikhuatiri robot ini menjadi tidak stabil apabila komet ini semakin aktif menjelangnya menghampiri matahari pada tahun 2015 nanti.

Ketika ini, pusingan atas paksi komet ini telah membawa Philae di bahagian bertentangan dengan Rosetta. Maka tiada isyarat diterima buat masa ini.

Apabila kedua-duanya kembali berada di line of sight, barulah nanti kita akan ketahui nasib Philae seterusnya.

Foto yang paling saya tunggu ialah panorama dari permukaan komet!

InsyaAllah berita-berita terbaru dari Philae, saya akan kongsikan menerusi Twitter Falak Online.

 

 

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...