Malam ini, peluang mencari Uranus, dengan bantuan Bulan

Tarikh: 29 Disember 2014

Target: Uranus

  • 29 Dis 2014 Selepas Isya’  Planet Uranus hampir dengan Bulan 

 

TIPS

Alat Minima
  • Paling sesuai guna Binokular
Tahap Pengetahuan
  • Sesiapa sahaja yang tahu menggunakan Binokular
  • Tahu yang mana satu Bulan di langit! 😉
Prospek Astrofoto
  • Mungkin agak mencabar, kerana cahaya Bulan yang agak silau mungkin menenggelamkan cahaya Uranus 

Uranus, planet yang ke-7 merupakan sebuah planet gergasi, bersaiz lebih kurang 4 kali ganda bumi.

Perbandingan saiz Uranus dengan Bumi dan Bulan. Sumber

Walaupun besar, disebabkan ia terlalu jauh dari Bumi, ia tidak kelihatan cerah di langit. Kiraan menunjukkan ia bersinar pada kadar magnitud 5.7, yang sepatutnya boleh dilihat dengan mata kasar. Namun, ia jauh lebih mudah untuk dilihat menggunakan Binokular.

Malam ini, 29 Disember 2014, kebetulan Bulan berada berhampiran dengan Uranus, kita boleh gunakannya sebagai panduan mencari planet ini menggunakan Binokular.

SkySafari_4_Pro

Simulasi Sky Safari Pro

Pandangan di atas menunjukkan kedudukan Uranus dengan Bulan.

Cara untuk mencarinya:

  1. Mulakan cerapan selepas Isya, apabila Bulan sudah sedikit ke arah Barat.
  2. Halakan binokular ke arah Bulan.
  3. Kemudian, posisikan Bulan di sudut kanan atas medan pandangan binokular.
  4. Uranus akan berada arah kiri bawah dari kedudukan Bulan (seperti dalam rajah).

Berdasarkan Sky Safari Pro 4, akan ada hanya beberapa buah bintang yang kelam sahaja di sekeliling Uranus. Oleh itu, kita tidak akan mudah terkeliru.

Jom, jika langit anda kebetulan cerah malam ini, cuba jejaki planet Uranus ini!

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...