Apa penemuan terbaru yang dibincangkan di AAS225 ?

Sepertimana semua sedia maklum, ketika ini American Astronomical Society sedang mengadakan pertemuan yang ke-225 mereka di Seattle, Amerika Syarikat. Pertemuan AAS sering menjadi daya tarikan peminat astronomi dunia kerana di sanalah berita penemuan terbaru dunia astronomi dipaparkan oleh penyelidik dan golongan profesional astronomi dunia.

Berikut merupakan antara beberapa berita #AA225 yang menarik perhatian sejak beberapa hari lepas menerusi Twitter. Jangan lupa klik pada pautan di dalam tweet-tweet di bawah, untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.


 

Projek Gemini Planetary Imager telah berjaya merakam debu-debu  di sekeliling bintang HR 4796A, serupa dengan keadaan debu-debu di kawasan Kuiper’s Belt di dalam sistem suria kita.


 

Program carian planet, KEPLER telah melaporkan sehingga hari ini, sebanyak 1004 buah exoplanet (planet-planet yang mengelilingi bintang selain daripada matahari) telah ditemui dan disahkan oleh ahli astronomi! Dan sebanyak 8 buah exoplanet (bersaiz kurang dari 2X saiz bumi) telah ditemui mengorbit di kawasan zon boleh hidup (Habitable Zone).


Jika anda guru kelab sains atau astronomi atau falak, Sloan Digital Sky Survey telah menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang cukup berharga untuk dijadikan sebagai sumber aktiviti kelab kepada anak-anak murid.


 

Pengendali projek dari Teleskop Angkasa Hubble telah merakam bintang-bintang di dalam galaksi Andromeda menerusi foto yang beresolusi tinggi!Ia merupakan gabungan 7398 foto yang dirakam, hasil 411 talaan!


Berminat untuk bekerja sebagai seorang ahli astronomi profesional ? Pilihlah lokasi pekerjaan di atas! Nampak gayanya Malaysia tak ada! 🙁


Cukup menarik bagaimana pelajar dari peringkat sekolah lagi telah diberi galakan untuk melakukan kajian astronomi dan berpeluang menggunakan teleskop-teleskop yang besar! Konsep pendidikan yang patut diraikan di Malaysia! Jelas bagi mereka, ilmu Astronomi adalah untuk semua dan bukan sekadar untuk beberapa pihak sahaja!


Wow! Bima Sakti kita ini sedang menghamburkan gas dan bahan-bahan lain daripada pusatnya, pada kelajuan 2 juta batu sejam! Ia juga menghasilkan 2 buah ‘ketulan gas’ di bahagian atas dan bawah Bima Sakti, yang dipercayai kesan letupan yang berlaku satu ketika dahulu.

 

 


Masih ingat foto sekumpulan gas yang digelar “The Pillars of Creation” yang pernah dirakam oleh Teleskop Hubble dahulu? Kini dengan data yang baru, lebih banyak bentuk-bentuk yang belum pernah dilihat sebelum ini, telah dapat dipaparkan.


 

Di atas merupakan hanya sebahagian perkara yang menarik perhatian saya secara peribadi. Setiap satunya layak untuk diperincikan menerusi artikel-artikel FO tersendiri. InsyaAllah, saya akan usahakan semampunya, dalam masa terdekat.

Wallahu’alam

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...