Pluto Safari – App menarik menjelang tibanya peninjau New Horizon di Pluto

IMG_0390

Penulis dan pembangun perisian SkySafari telah menghasilkan sebuah lagi perisian yang amat menarik, dipanggil Pluto Safari. Ia bersempena menjelang hari bersejarah peninjau angkasa New Horizon, yang akan melintasi dan mengambil foto jarak dekat, buat kali pertama terhadap planet kerdil Pluto, pada Julai 2015 nanti.

Pluto Safari ialah Apps PERCUMA yang boleh didapati dalam kedua-dua versi iOS dan Android. Ia menggunakan enjin perisian yang sama dengan SkySafari, serta memiliki ciri-ciri antara-muka yang hampir serupa dengannya. Jika anda pengguna tegar SkySafari, pasti tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan Pluto Safari ini.


 

Destinasi Pluto!

Pluto Safari, seperti mana namanya pun, fokus kepada Pluto dan peninjau New Horizon. Ia mempunyai beberapa pilihan yang menarik, seperti Timeline, yang mana ia menunjukkan saat-saat penting di sepanjang misi New Horizon sejak ia dilancarkan sehinggalah ia melepasi Pluto nanti.

IMG_0388

 

Menerusi antara muka utamanya, kita diberi beberapa pilihan. News merujuk kepada berita rasmi terkini misi ini, Poll ialah di mana kita masih boleh memberi undi (main-main) samada Pluto ini planet ataupun bukan planet! Guide merujuk kepada perincian misi New Horizon serta sejarah Pluto itu sendiri. Timeline dan Location, saya huraikan di bawah:

Location merujuk kepada sudut pandangan terhadap

  1. Laluan ‘orbit’ New Horizon dari Bumi ke Pluto
  2. Rupa bentuk peninjau New Horizon
  3. Pluto dan bulan-bulannya
  4. Kedudukan Pluto dari langit Bumi
  5. Beberapa objek-objek Lingkaran Kuiper (Kuiper’s Belt Object) yang bakal menjadi destinasi selepas Pluto
IMG_0387

Pandangan sistem bulan-bulan di sekitar Pluto

 

IMG_0386

Anda boleh melihat sepuas-puasnya rupa bentuk peninjau New Horizon yang kini dalam perjalanan ke Pluto

 


Timeline

Antara pilihan yang menarik perhatian saya ialah Timeline, yang mana kita boleh lihat kedudukan atau posisi New Horizon di persekitaran sistem suria kita, pada saat-saat penting di sepanjang perjalanannya.

IMG_0383

Timeline, saat-saat bersejarah New Horizon

 

Sebagai contoh (berdasarkan foto di atas), apabila New Horizon melintasi orbit Marikh, dengan menekan butang “View“, ia akan menunjukkan kedudukan sebenar peninjau ini pada saat tersebut.


Detik bersejarah

Jika anda tidak sabar mahu tunggu bulan Julai 2015 nanti, anda boleh terus ‘lompat’ ke tarikh tersebut (menerusi Timeline tadi), dan melihat sendiri laluan New Horizon ketika ia melintasi Pluto. Gambaran ini seolah-olah kita berada dalam peninjau tersebut dan melihat ke arah Pluto!

Cukup menarik!

IMG_0385

Posisi Pluto ketika lintasan New Horizon pada bulan Julai 2015 nanti.

 


Muat turun dan cuba sendiri

Pluto Safari merupakan satu apps yang cukup mudah digunakan, dan dapat memberi gambaran paling tepat dalam bentuk interaktif yang menarik. Tahun 2015 ini cukup banyak misi-misi angkasa yang akan/sudah sampai ke destinasi masing-masing, seperti Rossetta di Komet67P/Churyumov–Gerasimenko dan Dawn di planet kerdil Ceres. Kini New Horizon pula bakal melawati sebuah lagi planet kerdil, Pluto, yang juga merupakan pintu masuk kepada kawasan persekitaran baru yang penuh misteri, iaitu Lingkaran Kuiper .

Apakah yang bakal kita pelajari dari Pluto nanti? Adakah ia merupakan satu jenis kategori objek yang jauh lebih asing daripada apa yang kita sangkakan? Mungkinkah ia mempunyai sistem lingkaran gelangnya tersendiri? Berapa pula jumlah sebenar bulan-bulannya?

Jom kita sama-sama countdown ke Julai 2015 nanti, menerusi Pluto Safari!

Wallahu a’lam  

#Tabarakallah

 

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

Skip to toolbar