Kiraan Hilal Ramadhan 1436 Hijrah

ramadhan1436

Alhamdulillah, kita bakal memasuki bulan penuh barakah, Ramadhan, untuk tahun 1436 Hijrah ini.

Seperti mana, tahun-tahun sebelum ini, aktiviti mencerap atau merukyah hilal Ramadhan akan berlangsung di lokasi cerapan rasmi seluruh negara.

Saya telah melakukan kiraan secara peribadi di bawah, untuk menentukan kedudukan hilal pada maghrib nanti.

Menerusi Kalkulator Falak UniSZA, dari koordinat Kuala Lumpur, didapati pada maghrib nanti, matahari terbenam pada jam 7:22PM, manakala bulan akan terbenam pada jam 7:10PM

Ini bermakna, Bulan akan terbenam SEBELUM matahari terbenam. Tak nampak lah maknanya itu.

Lebih jelas lagi, ketika matahari terbenam, Bulan sudah berada pada ketinggian -2.03º DI BAWAH UFUK.

Screenshot di bawah diambil dari laman kiraan di atas.

Kalkulator_Falak

Maka berdasarkan kiraan awal ini, bolehlah saya simpulkan bahawa pada petang nanti, Hilal tidak kelihatan, dan kita akan genapkan Syaaban kepada 30 hari.

Tapi kena ingat, ini BUKAN RASMI.

Yang rasminya ialah

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Selamat menyambut Ramadhan buat semua pengunjung FalakOnline.

 

Wallahua’lam

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...