Panduan mencerap Gerhana Matahari di Palembang

Beberapa hari lepas, saya telah mengikuti trip lawatan tapak Gerhana Matahari di Palembang. Bersama-sama di dalam kumpulan ini ialah tuan-tuan guru Astronomi dan Falak dari Malaysia, iaitu Prof Madya Dr. Baharuddin Zainal dari UniSZA, Professor Dr. Mahamarowi, Ustaz Faizal (Perak) dan Ustaz Jais (Pulau Pinang).

Artikel ini akan cuba memberi sedikit sebanyak maklumat dapatan yang kami perolehi daripada trip ini, bagi memudahkan urusan rakan-rakan dari Malaysia yang akan menjadikan bandar Palembang sebagai destinasi mencerap fenomena Gerhana Matahari Penuh pada 9 Mac 2016 nanti.


Transportasi

 

Apabila sampai di Sultan Mahmud Badaruddin II Airport , ramai supir yang akan menunggu di pintu keluar terminal.

Kebanyakan supir ini akan menggunakan kereta bersaiz Innova, yang boleh memuatkan 4-5 orang. Kereta yang kami naiki telah memuatkan seramai 5 orang, dan salah satu ruangan kerusi di belakang digunakan untuk meletakkan bagasi-bagasi lain

Jika anda membawa bagasi yang agak besar, ia mungkin menjadi lebih sempit. Saya rasa jika anda mempunyai beg bersaiz sederhana lebih selesa dan mudah untuk disusun di dalam kereta tersebut.

1 kereta = 4 orang.

Kami menginap di Hotel Khalifah yang terletak di tengah-tengah bandar Palembang. Kos perjalanan ke sana (satu hala) ialah sekitar 100,000Rp hingga 150,000Rp satu kereta bergantung kepada jarak hotelnya juga, dan bagaimana kita pandai nego.

Kalau boleh, rancang dari awal dan terus maklumkan kepada pak supir, dari jam berapa hingga jam berapa nak kita sewa perkhidmatan dia. Ketika kami ke sana, merata tempat dia bawa, samada berdasarkan pilihan kita atau recommendation dia.

 


Tempat penginapan

 

Palembang mempunyai beberapa hotel besar dan banyak hotel-hotel kecil.

Saya cadangkan anda menggunakan perkhidmatan online seperti agoda atau booking.com untuk membuat tempahan awal. Atau lebih baik, hubungi terus dengan pihak hotel.

IMG_7721

Hotel Khalifah ini merupakan hotel yang baru dibuka 3 bulan lepas. Bilik selesa (masih baru), tetapi ia terletak di celah-celah kawasan perumahan, agak jauh sikit dari jalan utama.

Salah satu masalah yang kami hadapi di sana ialah, kadangkala credit card atau debit card tak boleh digunakan (ada error) pada mesin pengimbas di hotel yang kami duduk. Namun, credit card yang sama boleh digunakan di kedai-kedai biasa. Pelik sikit.

Maka, sebagai backup dicadangkan agar bawa cash yang mencukupi untuk bayar hotel, sekiranya credit card yang digunakan mengalami masalah teknikal.

 


Lokasi Mencerap

 

Ok, inilah perkara utama yang hendak kongsikan dalam artikel ini.

Kami telah meninjau 5 buah lokasi cerapan di Palembang, seperti di bawah:

  1. Benteng Kuto Besak, sebelah Sungai Mursi
  2. Jambatan Ampera
  3. Masjid Agung Palembang
  4. Masjid Cheng Hoo
  5. Wisma Atlet Jakababaring Palembang

1. Benteng Kuto Besak, Sungai Mursi (TOTALITY = 1 min 50.4 saat)

 

Sungai Mursi memisahkan Palembang kepada 2 bahagian. Ia direntasi oleh jambatan mercu tanda Palembang, iaitu Jambatan Ampera.

Di sepanjang sungai (bahagian barat daripada jambatan ini) ada kawasan shopping, pasar dan gerai yang banyak. Ia digelar sebagai Benteng Kuto Besak,.

Ia merupakan antara kawasan yang sibuk dan padat dengan aktiviti seharian penduduk di sini.

IMG_7674

Kawasan  yang mengadap ke timur, menghala ke Jambatan Ampera.

Gambar di atas menunjukkan kawasan yang berada betul-betul di sebelah Sungai Mursi, menghadap ke arah Jambatan Ampera.

Kedudukan gerhana matahari pada tarikh 9 Mac 2016

Kedudukan gerhana matahari pada tarikh 9 Mac 2016

Di atas merupakan kedudukan kasar matahari pada waktu fasa Gerhana Matahari Penuh.

Di atas ialah suasan persekitaran kawasan tersebut.

Kesimpulan untuk kawasan ini adalah seperti berikut:

Pemandangan gerhana

  1. Fasa-fasa Gerhana
    1. Sentuhan Pertama (Terlindung jambatan)
    2. Fasa Penuh (Boleh kelihatan)
    3. Sentuhan Keempat (Boleh kelihatan)
  2. Jika anda berada di bahagian barat dari jambatan ini, pandangan agak cantik, kerana foreground-nya mempunyai mercu tanda Palembang.
  3. Jika anda berada di bahagian sebelah timur jambatan, pandangan tidak akan terhalang, namun tiada foreground yang cantik.

Keadaan persekitaran

  1. Kawasan di sekitar tepi sungai ini kurang sesuai kerana penuh dengan gerai-gerai dan pasar basah.
  2. Kami pun tidak pasti samada gerai-gerai dan pasar ini akan dibuka atau tidak pada hari gerhana.
  3. Orang ramai pasti akan berkumpul di kawasan tepi sungai ini untuk mendapatkan pandangan yang comel ni.
  4. Jika anda membawa peralatan mahal seperti kamera atau teleskop, dan berada dalam kawasan orang ramai yang bersesak-sesak, ia mungkin agak bahaya (kecurian, kerosakan etc)
  5. Jika anda bercadang untuk ke sini, anda perlu datang sebelum Tengah Malam 9 Mac, kerana Jambatan Ampera akan ditutup dan berdasarkan maklumat supir, jika jambatan ini ditutup, jem yang amat teruk akan berlaku disekitarnya.
  6. Untuk solat, ada surau berhampiran KFC, tetapi agak kecil.
  7. Untuk ke tandas, ada bangunan bazar berhampiran yang ada tandas, tetapi tak pasti jika ia buka sebelum Subuh.
  8. Agak mustahil untuk solat Subuh di kaki lima sungai tersebut kerana kawasan agak kotor. melainkan di letak tikar.

2. Jambatan Ampera (TOTALITY = 1 min 50.4 saat)

 

Jambatan Ampera merupakan mercu tanda Palembang. Ia menyambungkan 2 bahagian Palembang yang dipisahkan oleh Sungai Mursi.

Maklumat terkini yang kami dapati ialah Jambatan Ampera akan menjadi lokasi utama cerapan gerhana matahari, dan ia akan DITUTUP selama 10 JAM, bermula Tengah Malam 9 Mac, hinggalah jam 10 pagi.

IMG_7731

Pandangan dari dalam kereta menyeberangi Jambatan Ampera.

Foto di atas menunjukkan pandangan ke arah Timur, apabila kita berada di atas Jambatan Ampera. Disebabkan jalannya sibuk, kami tak boleh nak berhenti di tepi jambatan untuk melakukan simulasi kedudukan matahari.

Di bawah merupakan antara beberapa keratan akhbar tempatan yang mengumumkan penutupan Jambatan Ampera ini pada tanggal 9 Mac 2016.

(Sila klik untuk imej besar)

IMG_7734

IMG_7735

IMG_7736

IMG_7737

Kesimpulannya:

Pemandangan gerhana

  1. Fasa-fasa Gerhana
    1. Sentuhan Pertama (Boleh kelihatan)
    2. Fasa Penuh (Boleh kelihatan)
    3. Sentuhan Keempat (Boleh kelihatan)
  2. Keseluruhan fasa gerhana boleh dicerap.
  3. Lokasi strategik kerana tiada halangan lain (contoh pokok, bangunan, manusia) yang berada di depan. Yang ada hanyalah sungai!
  4. Diberitakan pihak astronomi dari Jepun dan Bosscha Observatory Indonesia memilih ini sebagai tapak rasmi cerapan mereka.
  5. Bahagian ufuk tidak terhalang, namun tidak begitu comel kerana penuh dengan kilang dan crane (lihat gambar sebelum ini)

Keadaan persekitaran

  1. Kawasan mencerap adalah sepanjang jambatan tersebut.
  2. Jambatan sudah ditutup pada tengah malam 9 Mac, maka anda perlu berjalan kaki dari lokasi parkir kereta di sepanjang sungai, untuk ke tapak cerapan di atas jambatan.
  3. Tiada kemudahan solat di atas jambatan (setakat yang dilihat, mungkin pada hari tersebut pihak kerajaan tempatan akan menyediakan ruang solat sementara kot).

 

3. Masjid Agung Palembang (Totality = 1 min 50.9 saat)

 

Masjid Agung Palembang terletak di tengah-tengah bandar, dan ia di war-warkan antara lokasi cerapan rasmi oleh pihak berkuasa tempatan.

IMG_7660

Masjid Agung Palembang

 

Pandangan di atas merupakan dari kawasan parkir kereta, menghadap ke arah timur.

Screen Shot 2016-01-19 at 9.59.29 PM

Di sekitar jalan masuk ke masjid

 

IMG_7666

Kiraan kedudukan matahari pada 9 Mac 2016 adalah seperti di atas.

Kesimpulannya:

Pemandangan gerhana

  1. Fasa-fasa Gerhana
    1. Sentuhan Pertama (Tidak kelihatan – terhalang oleh masjid)
    2. Fasa Penuh (Boleh kelihatan)
    3. Sentuhan Keempat (Boleh kelihatan)
  2. Kita mungkin hanya dapat lihat matahari apabila ia sudahpun 50% tertutup.
  3. Kedudukan ketika fasa Penuh agak cantik, kerana foreground-nya mempunyai bangunan Masjid Agung Palembang yang bersejarah!

Keadaan persekitaran

  1. Kawasan mencerap agak terhad berdasarkan keluasan kawasan parkir sedia ada.
  2. Kami tak pasti, pada hari gerhana, samada mereka benarkan kereta masuk ke dalam kawasan parkir.
  3. Untuk solat Subuh dan solat gerhana amat mudah kerana depannya masjid!
  4. Kawasan masjid ini berpagar.

 

4. Masjid Cheng Hoo (Totality = 1 min 45.9 saat)

 

Masjid Cheng Ho ( atau nama sebenarnya  Masjid Al Islam Muhammad Cheng Hoo Sriwijaya Palembang) terletak di dalam kawasan perumahan, sedikit keluar daripada kawasan bandar. Ia merupakan sebuah masjid sederhana besar tetapi amat cantik reka bentuknya.

IMG_7684 copy

Dibawah merupakan kiraan kedudukan matahari pada 9 Mac 2016

IMG_7679

Kesimpulannya:

Pemandangan gerhana

  1. Fasa-fasa Gerhana
    1. Sentuhan Pertama (Tidak kelihatan)
    2. Fasa Penuh (Boleh kelihatan)
    3. Sentuhan Keempat (Boleh kelihatan)
  2. Kita mungkin hanya dapat lihat matahari apabila ia sudahpun 20% tertutup.
  3. Untuk fasa Penuh Gerhana, kawasan untuk melihatnya agak terhad.Perlu cari spot di celah-celah bangunan masjid dan pokok.
  4. Dari kawasan parkir utamanya, kita akan dapat lihat gerhana betul-betul berada di sebelah menara masjid. View ini memang comel!

Keadaan persekitaran

  1. Kawasan mencerap agak terhad berdasarkan keluasan kawasan parkir sedia ada.
  2. Untuk solat Subuh dan solat gerhana mudah kerana berada dalam kawasan masjid.
  3. Tandas tiada masalah.
  4. Ia agak jauh dari kawasan bandar, maka jangkaan kami tidak ramai yang akan berada di kawasan ini pada hari gerhana.
  5. Ia tidak diwar-warkan sebagai kawasan cerapan rasmi.

5. Wisma Atlet Jakabaring Palembang (Totality = 1 min 47.4 saat)

 

Wisma Atlet Jakabaring merupakan kawasan yang mengandungi pusat riadah (lebih kurang seperti Stadium Bukit Jalil) dan mempunyai beberapa fasiliti tempat tinggal yang baik.

Lokasi yang terbaik di sini ialah berhampiran dengan tasik/danau yang mengadap Timur). Ia mempunyai kawasan tepian tasik yang panjang dan tidak terhalang oleh apa-apa objek.

IMG_7700 copy

Di bawah merupakan kedudukan matahari pada 9 Mac 2016.

IMG_7695

(Bawah) Rakaman video sekitar danau di Wisma Atlet

 

________

Kesimpulan

Pemandangan gerhana

  1. Fasa-fasa Gerhana
    1. Sentuhan Pertama (Boleh kelihatan)
    2. Fasa Penuh (Boleh kelihatan)
    3. Sentuhan Keempat (Boleh kelihatan)
  2. Keseluruhan fasa gerhana boleh dicerap dari sini.
  3. Pandangan sekeliling cantik dengan tumbuhan menghijau

Keadaan persekitaran

  1. Banyak kawasan mencerap di sepanjang tasik yang menghadap ke arah timur.
  2. Tiada surau yang hampir (mungkin ada di bangunan berdekatan tetapi kami tak sempat meninjaunya).
  3. Kawasan cerapan ialah rumput dan tanah.
  4. Kawasan parkir luas.
  5. Lebih kurang 900 meter dari bangunan penginapan yang ada di sini.

Pemberitahuan lokasi cerapan

 

Maklumat penting yang di terima hasil daripada mesyuarat dengan pihak Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Palembang ialah seperti berikut:

Disarankan agar travel agent yang membawa mana-mana kumpulan dari Malaysia, memaklumkan kepada pihak Dinas Kebudayaan,  bilangan ahli dalam kumpulan tersebut dan lokasi cerapan yang akan dibuat.

Ini bagi memudahkan sebarang urusan jika ditanya oleh pihak berkuasa tempatan pada hari cerapan.

photo367215761484261335

Prof Madya Dr. Baharuddin dan Ustaz Faizal sedang berbincang dengan pegawai Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Palembang mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari Gerhana nanti.


Rumusan

 

Ekspedisi ringkas ini telah memberi gambaran yang jelas mengenai lokasi-lokasi cerapan Gerhana Matahari di Palembang. Secara ringkasnya.

  1. Ada 3 tapak rasmi cerapan, iaitu di Jambatan Ampera, Masjid Agung Palembang dan Bandara Lama (berhampiran dengan Lapangan Terbang).
  2. Kawasan tidak rasmi seperti Benteng Kuto Besak, Masjid Cheng Hoo dan Wisma Atlet Jakababaring Palembang
  3. Kawasan dalam bandar Palembang agak sibuk dan crowded. Jika anda mencerap dari tepi jalan mungkin akan mengundang masalah
  4. Perlu bersedia ke lokasi cerapan gerhana, seeloknya pada tengah malam hari gerhana untuk mengelakkan jem atau orang ramai yang datang.
  5. Perlu bersedia dengan supir yang akan membawa ke tapak lokasi cerapan seawal jam 4 pagi pada hari gerhana!
  6. Makanan tiada masalah.

Semoga laporan tidak rasmi yang ringkas ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai lokasi cerapan Gerhana Matahari di Palembang.

Nota: Al Fadhil Ustaz Ahmad Irfan (UMP) ada menyediakan satu artikel amat bagus bertajuk Persiapan Rohani Muslim Sempena Gerhana Matahari 2016.

 

IMG_7760 copy

 

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

  • aripsa

    Salaam Tuan. Boleh kongsi info pencerapan di Tidore atau Ternate? Dimana boleh saya dapat maklumat seperti posting tuan ini. Terima kasih