Prospek Meteor Perseids – 13 Ogos 2016

Fenomena Meteor, Komet dan Asteroid
fireball1
Fireball di Mojave Desert (Southern California)- © Wally Pacholka – 14 Dis 2011.

Juraian meteor Perseids kembali lagi, dan tahun 2016 ini diramalkan akan berlaku outburst atau ‘letusan’ yang akan menghasilkan lebih banyak jumlah meteor berbanding tahun-tahun sebelum ini!


Bilakah ia akan berlaku kali ini?

 

Meteor Perseids merupakan juraian atau ‘hujan’ meteor tahunan yang berlaku di antara 17 Julai hingga 24 Ogos. Kemuncaknya akan berlaku pada awal pagi 13 Ogos 2016.

Berdasarkan kiraan biasa, jumlah meteor Perseids ini boleh mencecah sehingga dari 60-100 meteor sejam. Namun, menurut laporan daripada International Meteor Organization (IMO), tahun 2016 ini ia diramal akan mencecah 150 meteor sejam!

Screen Shot 2016-07-28 at 9.02.01 PM
Sisipan laporan dari International Meteor Organization

Waktu kemuncaknya ialah 9 malam hinggga 11.30 malam pada 12 Ogos 2016 (waktu Malaysia). Ketika itu, buruj Perseus yang menjadi poin di mana meteor-meteor ini akan kelihatan muncul di langit, belum lagi terbit. Buruj ini hanya akan terbit pada jam 2 pagi.

FalakOnline juga boleh dicapai menerusi Facebook, Twitter dan Telegram

Namun begitu, beza sekitar 3-4 jam di antara waktu puncak dan waktu buruj ini terbit, tidaklah memberi kesan yang banyak. Kita jangkakan jumlah meteor yang dapat dilihat masih lagi banyak.

Poin munculnya meteor-meteor Perseids dari arah timur-laut. Rajah ini menunjukkan posisi pada jam 3 pagi. SkySafari 5 Pro

Adakah bulan akan berada di langit?

 

Salah satu faktor ‘luaran’ yang akan memberi kesan kepada jumlah meteor yang dapat dilihat ialah kehadiran Bulan di langit.

Berdasarkan kiraan perisian Sky Safari Pro, Bulan hanya akan terbenam selepas jam 2.30 pagi. Ini bermakna, jika anda mulakan cerapan sebelum tengah malam, silauan cahaya Bulan akan mengganggu penglihatan anda. Ia juga akan menyukarkan sebarang bentuk rakaman astrofoto wide-angle yang akan digunakan bagi merakam kehadiran meteor Perseids ini.

Screen Shot 2016-07-28 at 8.59.07 PM
Bulan akan berada hampir dengan Zuhal dan Marikh di langit sebelah barat sekitar tengah malam. Ia hanya akan terbenam sekitar jam 2.30 pagi. SkySafari 5 Pro

Saya boleh nasihatkan, cubalah mencerap selepas jam 2 pagi hingga ke Subuh, 13 Ogos 2016. Waktu ini sesuai untuk seluruh Malaysia.

Maklumat-maklumat  mengenai cara mencerap dan merakam meteor secara umumnya, boleh didapati menerusi artikel “Jawapan mengenai meteor yang anda perlu tahu”. Artikel ini akan menerangkan berkaitan fenomena juraian meteor ini secara umum dan boleh digunapakai untuk kesemua jenis juraian meteor yang muncul di langit.

Yang berbezanya dari tahun ke tahun, ialah kehadiran Bulan di langit. Kalau diperhatikan pada tahun 2015 merupakan tahun yang amat bagus untuk Perseids kerana tiada kehadiran Bulan di langit, manakala tahun 2014 tidak begitu baik kerana cahaya Bulan mengganggu.

Anda juga boleh rujuk semua artikel mengenai juraian meteor yang lain, yang pernah berlaku sebelum ini, untuk dijadikan rujukan.

Ayuh jom cerap!


Rujukan lain di TimeAndDate.com , Space.com dan EarthSky.Org


FalakOnline juga boleh dicapai menerusi Facebook, Twitter dan Telegram
0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments